CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jamal Cadangkan Anwar Ibrahim Dicalonkan Sebagai Presiden UMNO

13-6-2018 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7267| Komen: 29

Datuk Seri Jamal Md Yunos yang telah menghilangkan diri hampir dua minggu sekali lagi muncul menerusi satu rakaman video yang berdurasi satu minit 44 saat yang dihantar seorang ahlinya melalui aplikasi WhatsApp kumpulan media petang kelmarin. 


sumber : Sinar Harian

Kali ini, beliau tampil dengan berbaju korporat UMNO dengan berlatar belakang gegantung pemilihan UMNO 2018 yang tertera perkataan 'Saya Jamal Md Yunos Menawarkan Diri Bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia'.

Sinar Harian melaporkan, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu mencetuskan kontroversi mencadangkan nama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Presiden Umno pada pemilihan parti itu akan datang.

Dlaporkan juga beliau turut menamakan pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan Presiden UMNO.


Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan secara terperinci mengapa Anwar layak untuk menduduki jawatan tertinggi dalam Umno.

Jamal dalam video sama turut membayangkan untuk merebut kerusi utama sayap pemuda dalam mendepani cabaran parti itu pada masa sekarang.

"Insya-ALLAH, jika saya terpilih dalam perwakilan pemuda saya akan bertindak membangunkan kembali pemuda supaya sayap UMNO ini kembali bermaruah dan terus dihormati demi untuk kejayaan pada masa akan datang."

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan waran tangkap terhadap Jamal telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang, 1 Jun lalu.

Waran itu dikeluarkan mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu melarikan diri daripada tahanan yang sah.

25 Mei lalu, Jamal dilaporkan menghilangkan diri selepas didakwa dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri dan kehilangannya dikatakan disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira jam 5.30 petang.- CARI
6

Bagus
11

Marah
16

Terkejut
15

Sedih
22

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Catpaw 12-6-2018 11:56 PM
Ade2 je suko hatilah
Quote sukacactus 13-6-2018 12:09 AM
Hei bila mau balik?
Asyik buat video sj
Quote Orix 13-6-2018 12:13 AM
Mabok ketum. Dasar bacul
Quote olaoliolu 13-6-2018 12:38 AM
Ahahhaha jamal ni tahap jason bourne dah
Quote Mahathirina 13-6-2018 12:47 AM
olaoliolu replied at 13-6-2018 12:38 AM
Ahahhaha jamal ni tahap jason bourne dah

Haha!  Hawau..
Quote mjla 13-6-2018 12:49 AM
Jamal ni diguna utk alih perhatian isu jibun
Noh udang punya plan
Quote grouper 13-6-2018 01:07 AM
Xde org umno nak sound ke si jamal ni...buatkan umno nampak betul2 parti sarkas
Quote system_failure 13-6-2018 01:07 AM
Si jamban ni umur dah 48.
Kejadahnya nk brtanding ketua pemuda?
Apa definisi pemuda?
Quote harisbee 13-6-2018 01:22 AM
system_failure replied at 13-6-2018 01:07 AM
Si jamban ni umur dah 48.
Kejadahnya nk brtanding ketua pemuda?
Apa definisi pemuda?

40-60 thn kot
Bwh 40 putera umno
Quote mommymonster82 13-6-2018 01:30 AM
Dah jawatn ketua pemuda bg kat pemudala.

Quote munchkin 13-6-2018 02:30 AM
Ko kat mana?
Quote soretos 13-6-2018 02:54 AM
kesiannya dia ni..dah jadi perlarian pun ada hati nak tawar diri..gilo ka apoooo
Quote nitrotech 13-6-2018 04:38 AM
teloq mane?menyanyi bagai2.last2 lari.memang penakut punya jamal jamban.sama penakut dengan macai2 umngok.berani melalak di media sosial je.hahahahahha
Quote zehra2 13-6-2018 04:46 AM
Ini pun sejenis kegilaan jugek.
Tak tau lah kenapa media nk bg muka dgn org gila mcm ni.
Quote hanalisa 13-6-2018 04:51 AM
Ketua PEMUDA?
kau jadik ketua PUTERI umno je sudeh bang.
Quote dodolgemok 13-6-2018 04:57 AM
Alahai dah gila dah jamal ni. Sapa yg percaya dgan jamal ni lagi lah gila plus bodoh bangang. Org gila buat provokasi sebegini nak. Timbulkan huru hara jah. Bodoh betul jamal jamban gila ni. Cacai je lah yg gila teloncat2 baca berita ni. Kahkahkah
Quote mzzenma 13-6-2018 08:43 AM
Telur heshe tercicir tatkala sedang lari meninggalkan hospital menuju ladang kelapa sawit. Cari-cari tak jumpa. Tu yang mampu buat video ja.
Quote ultra78 13-6-2018 08:51 AM
Dia dah serah diri ke belum?
Quote hzln 13-6-2018 09:01 AM
Hanya tinggal yg wayar putus saja dlm parti sarkas nih. Tgk yg kaki meroyan dlm porom ni tak kira ketika pun dah cukup,

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.120246 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top