CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

Mercun Dan Bunga Api - Perlu Ke Beli Raya Ni?

13-6-2018 12:22 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7085| Komen: 17|Original author: Oleh: Azza



Menjelang hari raya, pasti terdengar berdentum-dentam bunyi mercun sama ada di kampung mahu pun di bandar. Seperti tidak lengkap perayaan disambut tanpa iringan bunyi mercun atau permainan bunga api oleh kanak-kanak. Namun, apabila membaca berita di dada akhbar mengenai kecederaan yang dialami oleh mereka yang bermain mercun, pasti terbit penyesalan kerana bermain mercun ini.

Sebenarnya, permainan bunga api dan mercun boleh dikatakan selamat jika tiada pengubahsuaian yang dilakukan oleh mana-mana pihak. Maklumlah, sejak dari dulu lagi bunga api dan mercun sudah wujud dan boleh dikatakan dimainkan dengan selamat oleh majoriti kanak-kanak.

Jom, kita kenali senarai mercun dan bunga api yang popular sejak zaman berzaman seperti disenaraikan oleh portal TooDia dot My.


Bunga api dan mercun popular di Malaysia.

1) Pop-pop - paling selamat. Rupa seperti bawang putih kecil, berbunyi bila dilantun ke bawah.

2) Bunga api kertas - tahap bahaya 1/4, keluarkan percikan api bila hujungnya dibakar.

3) Bunga api warna-warni - tahap bahaya 1/4, sama seperti bunga api kertas tetapi lebih lama dan percikannya warna-warni.

4) Bunga api dawai/kucing - tahap bahaya 1/4, menggunakan dawai dan percikan api lebih cantik.

5) Thunder clap - mercun yang melantun ke udara seperti roket dan diakhiri dengan letupan, tahap bahaya 1/4.

6) Mercun roket - sama seperti Thunder clap tetapi saiz dan bunyinya lebih kuat.

7) Mercun gasing - dimainkan atas lantai, setelah sumbu dibakar, mercun mula berputar seperti gasing dan keluarkan percikan api. Tahap bahaya 2/4.

8) Mercun naga - perlu dilambung ke udara selepas sumbunya dibakar. Tahap bahaya 2/4.

9) Mercun mancis - perlu digesek seperti kotak dan dibaling ke lantai. Ia akan meletup dalam beberapa saat. Tahap bahaya 2/4.

10) Mercun papan - popular ketika Tahun Baru Cina. Sumbu dibakar dan ia akan meletup berkali-kali. Tahap bahaya 3/4.

11) Mercun bola - seperti bom bulat dan keluarkan bunyi sangat kuat. Tahap bahaya 4/4.

Ekstra - Mercun KLCC/Bateri - biasa di lihat di malam tahun baru.

Banyak bunga api yang dijual sama ada di pasar mahu pun secara 'online'. Terpulang kepada kita untuk memperuntukkan bajet terhadap mercun dan bunga api ini. 

Ada netizen yang turut bertanyakan keperluan membeli permainan ini di media sosial dan dijawab secara sarkastik oleh mereka yang turut berada dalam group tersebut.




Teringat pula kenangan bermain mercun dan bunga api ketika kecil-kecil dahulu yang tahap bahayanya adalah 1/4. Yang penting tiada pengubahsuaian dan menikmati percikan bunga api sebagai salah satu keseronokan beraya. Jadi, awasi anak anda ketika bermain permainan ini ya.  - CARI 
15

Bagus
13

Marah
9

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote besarkecik 13-6-2018 02:24 PM
Kau ingat mercun ni bola pingpong ke boleh dilantun lantun???
Quote besarkecik 13-6-2018 02:24 PM
Kau ingat mercun ni bola pingpong ke boleh dilantun lantun???
Quote haryatie 13-6-2018 03:49 PM
x pernah beli pun takut membahayakan ank2
tp dulu2 kalau balik kpg arwah abg suka belikan bunga api dn mercun
dia duk Grik beli kat Thailand kut..
mmg meriah laa..
Quote mzzenma 13-6-2018 05:21 PM
mzz benci semua bentuk mercun and bunga api sebab mzz penakut
Quote ninnakarinna 13-6-2018 05:43 PM
Kecik2 memang wajib beli..abg tukang jual plak tu..hahaha..memang stok x putus la.. bila ada anak ni nak ajar anak yg merxun ni membazir..

Dialog:

aku: kita x boleh bazir duit beli mercun..seolah2 kita amik duit n bakar..membazir kan?

Anak aku: kita bukan bakar mercun tu lepas tu blah..kita main, tengok mercun tu, ada bunyi..ada api..kita MAIN faham x, mama?

Aku: krik2

Quote oni313 13-6-2018 08:55 PM
ninnakarinna replied at 13-6-2018 05:43 PM
Kecik2 memang wajib beli..abg tukang jual plak tu..hahaha..memang stok x putus la.. bila ada anak ni ...




ya tuhan....

by the way, besar nanti, Insyallah, mesti bijak anak sis tu nanti
Quote ninnakarinna 14-6-2018 01:27 AM
oni313 replied at 13-6-2018 08:55 PM
ya tuhan....

by the way, besar nanti, Insyallah, mesti bijak anak sis tu nanti

Amin2..tq doakan anak iols.. doa itu utk anak sis jua...
Quote cepheid 16-6-2018 09:53 PM
Bukan ke satu kesalahan beli dan jual mercun? Boleh pulak tanya soalan macam tu
Quote @inardni 17-6-2018 12:49 AM
Anak2 i main mercun pop pop je..memang tak bahaya..tapi lepas main habis lantai bersepah
Quote irwansuhadi 19-6-2018 08:45 AM
Bagi aku, kalau nak tambah kemeriahan, best juga bakar mercun.

macam aku, masa open house yang aku buat malam hari, aku bakar aje mercun merdeka tu, at least bebudak ngan org tua seronok, tak lah asyik main hp atau membawang aje.

kalau setakat main mercun pop pop, hari sabtu ahad boleh main, tak payah tunggu hari raya. just my 2cent
Quote annehuda 19-6-2018 12:20 PM
kalau bunga api or mercun yg ada warna-warni tu ok la

takat meletup tu please la berambus dr malaysia ni pegi la syria ke palestin ke. dahla bunyi kuat dan boleh buat org lain terkejut je.

and meriam, ye mmg mainan tradisi, tp ape yg bestnye aku pun tak paham
Quote AznieBunnie 20-6-2018 10:27 AM
ninnakarinna replied at 13-6-2018 05:43 PM
Kecik2 memang wajib beli..abg tukang jual plak tu..hahaha..memang stok x putus la.. bila ada anak ni ...

menyembur kuih sarang semut saya baca reply anak u!
hahaha... saya suka! saya suka!
Quote LipasComel 20-6-2018 10:29 AM
dah ada kanak2 meninggal sebab main mercun.



Budak cedera mercun meninggal dunia

BharianBeritaKes
Oleh Mary Victoria Dass
[email protected]

KOTA TINGGI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia jam 7 petang semalam, selepas empat hari menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, akibat terkena mercun.

Difahamkan, mangsa, Nuraqira Khaeefa Muhamad Saad, sebelum itu tidak sedarkan diri selepas cedera di bahagian kepala akibat bermain mercun ketika berada di kediaman keluarganya di FELDA Papan Timur.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah mengesahkan kejadian berlaku pada 14 Jun iaitu sehari sebelum Syawal.

"Kes berkenaan dilaporkan kepada polis pada 18 Jun lalu. Setakat ini, kita siasat mengikut Seksyen 304A Kanun keseksaan/Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1958 dan Seksyen 33 Akta kanak kanak.

"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Susulan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan diminta menghubungi polis Kota Tinggi atau Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJD), Asisten Superintendan Azizul Hamsar.

Difahamkan, jenazah kanak-kanak itu yang dibawa pulang ke rumah datuknya malam kelmarin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Papan Timur, pagi tadi.
Quote ninnakarinna 20-6-2018 11:05 AM
AznieBunnie replied at 20-6-2018 10:27 AM
menyembur kuih sarang semut saya baca reply anak u!
hahaha... saya suka! saya suka!

Baru 6 tahun tu..kalau dah 16 tahun japgi apa tah jawapan dia..nenek dia pun ckp mulut dia mcm org tua..
Quote ninnakarinna 20-6-2018 11:08 AM
LipasComel replied at 20-6-2018 10:29 AM
dah ada kanak2 meninggal sebab main mercun.



Innalillah..tapi macam takde kat berita tv
Quote AznieBunnie 20-6-2018 11:18 AM
ninnakarinna replied at 20-6-2018 11:05 AM
Baru 6 tahun tu..kalau dah 16 tahun japgi apa tah jawapan dia..nenek dia pun ckp mulut dia mcm org ...

otak cerdik tu. hahahaha...

saya sokong dia. MAIN bunga api, rasa seronok.
saya yg tua ni pun excited
Quote misscendol 25-6-2018 11:24 AM
Kena beli. Tp TOLONG JANGAN MAIN SELEPAS PKOL 11PM KEATAS. Orang punya time tido kot tu

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.066713 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top