Percaya atau tidak, anda boleh menyediakan resepi Udang Madu Mentega ini hanya dalam 20 minit. Boleh diratah begitu sahaja atau makan bersama nasi!
Kami pasti resepi ini bakal jadi resepi kegemaran anda! Resepi ini sesuai untuk empat hingga lima orang. Jadi, anda boleh menikmati ia bersama mereka yang tersayang. Masa penyediaan: 5 minit Masa memasak: 20 minit. Bahan-bahan •½ cawan madu •¼ cawan sos soya (kicap cair)
•3 ulas bawang putih, dicincang •Jus lemon kecil •1 paun udang besar, dibuang kulit •2 sudu besar mentega •Daun bawang, dicincang sebagai hiasan Arahan 1. Gaul madu, sos soya, bawang putih dan lemon dalam mangkuk kecil. Gunakan separuh daripada sos dan perapkan udang selama 30 minit. 2. Tambahkan mentega dalam kuali bersaiz sederhana. Letak udang dan tos sos perapan tadi. Perisakan dengan garam dan lada hitam. Ubah api kepada sederhana tinggi. Masak udang selama 2 minit pada kedua-dua bahagian. Letakkan lebihan sos tadi ke atas udang. Masak sehingga kuah menjadi pekat melitupi udang. Hiaskan dengan hirisan daun bawang. 3. Siap dihidang! Enak dan mudah. Tak perlu habiskan masa lama di dapur. Selamat menikmati! Jom cuba hari ini! - CARI
|
21
Bagus |
12
Marah |
18
Terkejut |
11
Sedih |
16
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
supernaturalee replied at 20-6-2018 08:12 AM
klu ganti lemon dgn limau purut blh tak?
silampumeja replied at 21-6-2018 12:27 PM
limau purut tu kurang juicy and sedikit pahit kan... kalau limau kasturi i rasa better...
ADVERTISEMENT