"Jika semua mahu bertanding jadi masalah juga, memang kita sudah mengamalkan dasar terbuka tapi kita perlu juga tengok kemampuan diri."
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata demikian kepada calon yang bertanding jawatan Presiden UMNO. Memetik Harian Metro, Mahdzir yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkata, jawatan berkenaan perlu digalas mereka yang berpengalaman supaya dapat mengembalikan kekuatan parti, seterusnya kepercayaan rakyat.
"Ahli-ahli biasa yang bertanding jawatan presiden wajar memberi laluan kepada calon tertentu sahaja yang mempunyai kriteria sebagai pemimpin, mereka perlu lihat di mana 'level' mereka dan siapa mereka," katanya. Mahdzir bagaimanapun tidak menolak sekiranya UMNO dipimpin orang muda berpengalaman asalkan parti itu dapat bangkit daripada kejatuhannya. Antara calon bertanding seperti pemangku Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mempunyai kelebihan masing-masing, ujarnya. Sementara itu, NSTP semalam melaporkan, tujuh borang pencalonan diterima bagi bertanding jawatan berkenaan. - CARI
|
2
Bagus |
4
Marah |
4
Terkejut |
9
Sedih |
5
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT