Dua hari lalu, nama pelakon jelita Izara Aishah disebut-sebut di media sosial apabila gambarnya memeluk erat Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad tersebar meluas di media sosial.
Gambar tersebut menjadi bahan kritikan netizen yang 'tidak bersetuju' dengan tindakannya lebih-lebih lagi dengan status Izara yang bergelar isteri kepada anak Datuk Khalid iaitu Adib Khalid. Menyedari kemarahan netizen, Izara bertindak memohon maaf atas keterlanjurannya berkongsi momen peribadi tersebut kepada umum. Menerusi posting di akaun Instagramnya, dia turut mengakui menyesal dengan tindakannya itu. "Seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang lain, saya sentiasa teruja apabila bertemu dengan YAB Tun Mahathir. Beberapa hari yang lalu juga sama, tetapi saya telah tersilap langkah (dengan) berkongsi momen peribadi semasa kunjungan keluarga." "Saya kesal apabila ada (individu) yang memberi reaksi negatif dengan posting tersebut, dan kepada YAB Tun Mahathir serta keluarga, saya memohon maaf kerana sikap saya yang terlalu terbuka. Maaf zahir dan batin," tulisnya. Sebelum itu, Izara dikatakan berkongsi gambar dirinya memeluk pemimpin nombor satu negara itu di akaun Instagram miliknya dan menyatakan betapa Tun M mengingatkan dirinya pada arwah datuknya yang telah meninggal dunia. -CARI
|
1
Bagus |
6
Marah |
6
Terkejut |
5
Sedih |
6
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT