Pelantikan Menteri Besar Baharu Selangor, Amirudin Shari tidak mendapat restu Pakatan Harapan(PH)? Memetik laporan Malaysiakini, ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad mendakwa Menteri Besar Baharu Selangor yang mendapat persetujuan daripada semua parti PH adalah dirinya dan bukan Amirudin.
"Saya ada sokongan semua parti dalam HARAPAN manakala Amirudin cuma mendapat restu Azmin Ali," katanya pada sidang akhbar yang diadakan di kediamannya siang tadi. Doktor pakar sakit puan itu turut menunjukkan salinan fotokopi surat sokongan yang ditandatangani oleh empat parti. Surat-surat yang ditulis pada bulan Jun itu mengesahkan sokongan kepada Idris sebagai menteri besar yang ditandatangani secara berasingan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengerusi BERSATU Selangor Datuk Abdul Rashid Asari, Pengerusi AMANAH Selangor Izham Hashim dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.
Tambah Idris, setelah Istana Selangor meminta tiga nama calon, nama Amirudin dan ADUN PKR Seri Setia, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin hanya dikemukakan dalam senarai calon MB baharu Selangor. "Nama saya berada dalam kedudukan teratas senarai calon berkenaan." Walau bagaimana pun, Amirudin, 38 telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Baharu Selangor di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah pagi tadi.- CARI |
11
Bagus |
10
Marah |
10
Terkejut |
10
Sedih |
13
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT