|
Panik selepas ternampak sekatan jalan raya oleh pihak polis, seorang penunggang motosikal bertindak membuat pusingan-U sebelum menunggang melawan arus di Kilometer 19 Kuala Lumpur-Ipoh.
Astro Awani melaporkan, tindakan tersebut mengundang padah selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah lagi motosikal sebelum kedua-duanya terjatuh ke atas jalan. Bertambah malang bila mangsa kemudiannya dilanggar oleh sebuah kereta yang tidak sempat mengelak. Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad, mangsa berusia 23 tahun yang menunggang motor jenis Yamaha itu sedang dalam perjalanan beraya dari Kuala Selangor ke Kajang bersama kumpulan rakan yang lain.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan. Seorang lagi penunggang motosikal cedera dan dikejarkan ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut. -CARI
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 11:44 PM GMT+8 , Processed in 1.191712 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.