Penyitaan beg tangan dan barangan mewah dari kediaman Datuk Seri Najib Razak yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memburukkan imej dan memberi persepsi negatif kepadanya, kata mantan Perdana Menteri itu.
Menurut Reuters seperti dipetik BH Online, Najib menegaskan bahawa kebanyakan barangan berkenaan merupakan hadiah kepada isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak perempuannya yang tiada kaitan dengan 1MDB. Malah, menurutnya, Daniyar Nazarbayev, anak saudara Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev yang juga menantunya banyak memberi hadiah kepada Rosmah. "Orang mungkin sukar untuk memahami, tetapi menantu saya misalnya, dia mendapat Birkin daripada sumbernya, lima atau enam pada satu masa.
"Keluarganya mempunyai beberapa cara (mendapatkannya), jadi tidak ada kaitan dengan 1MDB jika ia (beg) berasal dari Kazakhstan," katanya. Tambahnya, Rosmah tidak pernah menerima set barang kemas yang bertujuan untuk dijadikan hadiah kepadanya. "Dan sehingga hari ini, kita tidak tahu dia (Rosmah) mengatakan barang itu tidak berada dalam simpanannya," ujarnya. Sehubungan itu, Najib tekad berjuang menentang tuduhan terhadapnya. "Tidak, saya tidak pernah merancang untuk melarikan diri. Kerana jika saya pergi (meninggalkan Malayia), ada anggapan saya bersalah. "Saya tidak boleh menjadi buruan untuk sepanjang hayat saya. Saya mahu membersihkan nama saya," katanya. - CARI
|
12
Bagus |
14
Marah |
18
Terkejut |
13
Sedih |
18
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT