CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zahid Kaki Penipu, Dia Merayu Aturkan Bertemu Tun Mahathir- Khairuddin

21-6-2018 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8146| Komen: 41


sumber : FMT


Khairuddin Abu Hassan mendedahkan pemangku presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi datang berjumpa dia dan merayu kepadanya untuk mengaturkan pertemuan dengan Tun Mahathir di Putrajaya 7 Jun lalu.


Loading FB Post...

Free Malaysia Today melaporkan, ini berikutan semalam Zahid dalam ucapan ketika perjumpaan bersama ahli UMNO Selangor memaklumkan pertemuan itu adalah hasil jemputan Tun Mahathir. 


Pendedahan itu ditulis oleh bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu, menerusi laman Facebook 'Mahathir The Legend' kelmarin.

Selain itu, Khairuddin turut sekeras-kerasnya menafikan kenyataan Zahid yang mengatakan Tun juga meminta agar ahli UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PPBM. 

"Zahid Hamidi ini semacam 'iblis' bertopengkan manusia!! Dia kaki penipu dan kaki pembelit!! Setiap tutur katanya kini penuh dengan pendustaan!!"

Terdahulu, Zahid memuat naik sekeping gambar bersama Dr Mahathir di Facebooknya menerusi perkongsian yang ditulisnya, beliau memaklumkan bahawa pertemuan itu dibuat sempena bulan Ramadan dan berharap ianya membawa berkat buat semua pihak. 

Namun, Zahid yang merupakan antara calon yang bertanding jawatan presiden UMNO hujung bulan ini beritahu ahli parti Selangor bahawa pertemuan tersebut adalah atas jemputan Tun Mahathir.

"Bukan saya yang minta bertemu, tapi saya dijemput untuk bertemu," kata Zahid.

"Apa yang telah disebutkan oleh Perdana Menteri antaranya adalah, beliau meminta supaya ahli Parlimen BN khususnya UMNO untuk menyertai PPBM. Saya menjawab dengan tegas tidak ada jalan bagi kita untuk menyertai parti berkenaan," tambah Zahid

Dalam pada itu, jelas Khairuddin, ketika itu Zahid beritahunya pertemuan itu merupakan salah satu kempennya untuk pemilihan parti yang bakal berlangsung kelak.

"Ucapan politiknya itu tidak berasas sama sekali!! Inilah kualiti pemimpin-pemimpin umno yang hanya bijak menipu ahli-ahlinya saja demi 'survival' politik mereka," tegas Khairuddin.

"Untuk pengetahuan semua rakyat malaysia; tun dr mahathir mohamad tidak pernah meminta ahli-ahli parlimen umno untuk lompat masuk parti PPBM."

"Setiap umat islam bila pergi ke tanah suci Makkah akan bertambah insaf dan bertaqwa tetapi zahid hamidi pergi mengerjakan umrah balik ke Malaysia terus menipu."- CARI
7

Bagus
7

Marah
10

Terkejut
14

Sedih
11

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batu kikir 21-6-2018 07:45 AM
Dah lama tahu
Penuh dengan sampah bahkan najis
Quote drivethru 21-6-2018 07:47 AM
Perompak
Penyamun
Pencuri
Penyangak
Penipu

Quote taikor 21-6-2018 07:54 AM
rasanya kerjaya politik die dah habis...
Quote noor2 21-6-2018 08:06 AM
Ini kah yang dikatakan dlm surah al baqarah tu...gol munafik. ..gol yang berpura2 yang mempergunakan apa saja termasuk agama demi kepentingan sendiri.....
Quote ultra78 21-6-2018 08:10 AM
Adakah orang ponorogo suka membelit utk selamatkan diri sendiri?

Quote haryatie 21-6-2018 08:15 AM
amboiiii..marah nya..
ntah laa....tp perlu ke memaki hamun mcam nii..
Quote ChildrenOfBodom 21-6-2018 08:16 AM
hina betui wak pornorogol ni, fattah amin taknak defend ka wak pornorogol hina nie
Quote rykall 21-6-2018 08:18 AM
kalau pernah berada dlm keadaan ditikam dgn belakang mmg marah beb...depan kita ckp lain, belakang kita cakap lain...
Quote gaara_X 21-6-2018 08:18 AM
hai..baru nak tahu ke wak pornorogol nie cam ne....ahaks!!
Quote eetodee 21-6-2018 08:20 AM
hantar balik yindon laaaa ekekekeke kami tak perlukan zahid komidi neh kt Malaysia
Quote Simunggu 21-6-2018 08:23 AM
mana satu penipu ni???
Quote zulka 21-6-2018 09:53 AM
laa...ada yg baru tau ke perangai zahid camni???
Quote pakis_hutan 21-6-2018 01:23 PM
ChildrenOfBodom replied at 21-6-2018 08:16 AM
hina betui wak pornorogol ni, fattah amin taknak defend ka wak pornorogol hina nie

Ape kena mengena dgn Fattah Amin? Ada yg aku tertinggal ke ni?
Quote ChildrenOfBodom 21-6-2018 03:14 PM
pakis_hutan replied at 21-6-2018 01:23 PM
Ape kena mengena dgn Fattah Amin? Ada yg aku tertinggal ke ni?

fucktah tu macai wak pornorogol


[youtube]j_i-kkJd9lM[/youtube]
Quote awaynepian 21-6-2018 03:40 PM
sampai macam ni ya nak kekalkan jawatan...dia yakin ke dia menang...
atau dia sebenarnya nak masuk ppbm?
Quote ime1311 21-6-2018 03:53 PM
semoga kerjaya politik wak zahid dan anaknya yg sok suci mbak nurul akan terkubur selamanya
Quote jazaa100 21-6-2018 07:24 PM
awaynepian replied at 21-6-2018 03:40 PM
sampai macam ni ya nak kekalkan jawatan...dia yakin ke dia menang...
atau dia sebenarnya nak masuk  ...

Dia nk mnyelit kat PH le tu.....

Hari tu dah jumpa anwar....skrg nk jumpa TUN le pulak
Quote kamilaa 21-6-2018 08:18 PM
Please lah {:cryrun
Quote pakis_hutan 21-6-2018 11:05 PM
ChildrenOfBodom replied at 21-6-2018 03:14 PM
fucktah tu macai wak pornorogol

Bahahahahahahah, euw!

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.044167 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top