Sudah menjadi lumrah hidup bermasyarakat, ada sahaja yang dipersoal walaupun kadang kala sesuatu perkara tersebut agak sensitif. Soal jodoh dan soal anak adalah antara perkara yang seringkali dibangkitkan terutama sekali ketika musim perayaan dan majlis keraian.
Mungkin sekadar bertanya untuk memulakan perbicaraan namun sebaiknya jagalah batas semasa berbicara kerana bimbang ada yang terasa hati. Selebriti, Linda Rafar juga tidak terlepas dari mendapat pertanyaan daripada masyarakat sekeliling mengenai zuriatnya yang kesemuanya lelaki. Menerusi posting di akaun Instagram miliknya, Linda mengakui ramai yang mempersoalkan tentang mengapa dia tidak mempunyai anak perempuan. "Alhamdulillah saya dikurniakan 5 orang anak lelaki dan (termasuk) seorang kini berada di jannah. Ramai yang bertanya kenapa semua lelaki?" Kenapa tak ada perempuan?"
Pemberian Allah dan ianya merupakan amanah yang perlu dijaga dan disyukuri. Jangan persoalkan.. Posting tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut Linda yang rata-rata bersetuju dengan jawapan Linda. Setiap yang Allah bagi bersebab..DIA sebaik-baik perancang.. Biasalah mulut manusia... Macam-macam lah mulut orang ni. Sampaikan anak semua lelaki pun nak persoalkan. Bersabar sahajalah ye, Linda. - CARI
|
ADVERTISEMENT