CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kahwin Sekali Seumur Hidup, Hantaran 20K Saja?"

22-6-2018 12:39 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 6642| Komen: 22|Original author: Oleh: Whitney


Sekarang ini musim orang melangsungkan perkahwinan dan banyak jemputan yang diterima sempena cuti persekolahan. Bagi yang sudah berkahwin, pasti sudah merasai asam garam dalam sesebuah perkahwinan. Perkahwinan adalah tanggung jawab dan amanah yang sangat besar untuk digalas.

Seorang pengguna twitter menaikkan status provokasi tentang tugas dan tanggungjawab seorang isteri serta mengecam nilai wang hantaran RM20 Ribu yang dianggap terlalu murah buat bakal isteri.


Sudah pasti ada netizen yang tidak bersetuju dengan status wanita ini. Dalam sebuah perkahwinan, suami dan isteri masing-masing mempunyai tanggungjawab. 


Jadi, netizen ini menganggap ia tidak adil jika wanita ini fikir beban rumah tangga hanya ditanggung oleh seorang isteri dengan nilai hantaran hanya RM20K.




Ramai juga netizen yang mengecam wanita ini kerana dia belum lagi berkahwin dan belum faham konsep perkahwinan dalam Islam. Jadi, netizen menasihatkan wanita ini berkahwin dan barulah sesuai bercakap tentang tanggung jawab isteri dalam rumah tangga. Lagi-lagi bab menetapkan wang hantaran buat bakal suaminya.


Netizen juga faham yang wang hantaran bukanlah wajib diberikan kepada isteri tetapi ia adalah hadiah daripada seorang lelaki kepada bakal isterinya. Sememangnya RM20K tidak cukup jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan seorang isteri tetapi Allah akan memberi ganjaran yang besar buat isteri yang ikhlas menjaga rumah tangganya. Hinggakan ada netizen yang keliru, wanita ini ikhlas hendak berkahwin atau ingin jual badan?


Janganlah sebab orang lain kahwin, kita pun sibuk hendak kahwin tetapi belum faham konsep perkahwinan dan belum bersedia untuk menjalankan tanggung jawab dengan ikhlas. Bukan mudah untuk mengekalkan kebahagian rumah tangga hingga akhir hayat. Banyak lagi cabaran dihari mendatang. Betul tak? - CARI 

Bagus
3

Marah
7

Terkejut
16

Sedih
10

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 22-6-2018 01:24 PM
Well i rasa bini kne bijak delegate tugas kt laki..
Jgn tunjuk sgt independent tu..
Dr awal kawen dah kne mula..jgn tunjuk kita wanita serba boleh walaupun memang kita boleh wat semua tu..repair toilet, angkat tong gas, tukar lampu, siang ikan, buang sampah
Quote armin 22-6-2018 01:42 PM
Dia ckp psl ada lelaki bodoh tweet pasal hantaran la. Katanya rugi je bur hantaran tp tak reti buat semua kerja termasuk bertukang. Mcm bodoh lelaki yg anggap hantaran tu utk beli org gaji
Quote nononcrux 22-6-2018 01:47 PM
gila 20k, minded budak-budak sgt mintak segitu.
Quote mawarika 22-6-2018 02:07 PM
20k murah sgt dik.. ko up lg memahal. Wonder jantan kt luar sana memekak psl hantaran. Esok esok ko ada anak perempuan ko bg free je kt org. Ni sebenarnya spesies nak benda free je. At least hantaran tu bg la utk kenang budi bakal mertua. Helo ada gak makbpk yg takkan sentuh duit hantaran tu.. dia bg kat anak utk memulakan hidupan baru dgn suami. Mak aku ler tu..
Quote razzims 22-6-2018 02:19 PM
lelaki sejati kahwin lebih dari satu. i agree to disagree
Quote Andyscenes 22-6-2018 03:05 PM
razzims replied at 22-6-2018 02:19 PM
lelaki sejati kahwin lebih dari satu. i agree to disagree

Aku sokong, tapi x mampooo. Bini aku kasi kawen lagi 1 btw
Quote damian_lee 22-6-2018 04:55 PM
Kira untuk benda2 sepanjang perkahwinan nampakkk
Kalau mcm tu kau makan jer la 20K sampai till jannah .. point tak munasabah

Sebab tu kalau bodoh
Jangan ajet2 clever
Quote missus_meow 22-6-2018 05:43 PM
makhluk ni dah kawin ke? bape hantaran dia?
Quote munchkin 22-6-2018 06:52 PM
Biarlah nak bagi pada wife berapa pun. Sibuk je
Quote munchkin 22-6-2018 06:56 PM
Anyway i tak berapa setuju pasal hantaran. Ini semua pasal persepsi. Somebody i know mintak rm15k hantaran. Mmg nampak gah masa majlis.

Mil dia kata berkira ngan aku (duit anak dia rm15k). Lepas kawin tahulah aku nak buat apa.
Balik rumah mertua macam bibik dibuatnya. Nasiblah.

Bila you put a price, orang pun akan ada expectation. Family i pedulik hapa pasal hantaran tak pandang pun. Depa kata letak je cheque tipu nanti org mengutuk pulak menantu lelaki. Family i anggap mennatu lelaki mcm anak sendiri jangan susahkan menantu. Menantu susah anak pun susah nanti
Quote whitePoison 22-6-2018 08:29 PM
tak habis2 isu hantaran..
Quote kroit92 22-6-2018 08:44 PM
ape mende la perempuan ni cakap

attention seeker. cakap tak pikir
asal kan dapat like dengan retweet

masalah mental dalam dunia social media
Quote PandaSaka 22-6-2018 10:31 PM
Shallow nya kau senah
Quote Nurul8001 23-6-2018 01:34 AM
Kalau calon suami tu jejaka berkualiti, usahlaa disusahkan dia..family saya tak letak berapa hantaran yg patut suami saya bagi (masa tu tunang).. keluarga suami saya yang letak jumlahnya.. yg sesuai pada masa tu..masing masing gembira..setakat ni masih berbahagia..parents saya dan mertua pun berhubungan baik..

Orang orang tua di kampung saya kata, kalo letak jumlah tinggi tu adalah cara halus untuk menolak pinangan..sebab kalo bagi tau direct yang pinangan ditolak, takut keluarga lelaki kecil hati atau lebih teruk lagi menaruh dendam..

Tak pastilah sekarang ni, macam mana..

Quote razzims 23-6-2018 07:47 AM
Alais replied at 22-6-2018 05:07 PM
perempuan sejati pun boleh kahwin lebih satu

kenapa? first hubby mati tercekik?
Quote razzims 23-6-2018 09:04 AM
Alais replied at 23-6-2018 08:55 AM
jika bini ada banyak laki
bila mati satu laki ada laki lain
ada yg tanggung bini & anak

mana aku tau. tanya la laki baru tu hahaha
Quote rogayahtop 23-6-2018 11:44 PM
tipikal pompuan lembam kat twitter perasan urban lol

ko ingat lepas kawin ko boleh duduk rumah baring2 depan sofa je ke kak? kena la kerja jugak tolong suami. ingat kerje laki nak bagi duit pree kat kau seumur hidup? ko ingat kangkang kau kepit keramat ke laki tak lari?
Quote rosasen 24-6-2018 11:22 AM
budak perempuan skrg mostly xde rasa malu dah eh..mcm xde maruah..
aku baca bab kangkang tu je dah tepuk dahi.. xde nk selindung2 tulis tu..
Quote sofiazara 24-6-2018 09:04 PM
anak aku ramai lelaki. ku doakan kelak hantaran semakin murah....amin

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.039983 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top