Pelakon yang sedang hangat bercinta, Hafreez Adam dan Zara Zya pernah berbincang mengenai soal perkahwinan namun bukanlah dengan cara yang serius lagi.
Dia tidak terburu-buru dengan soal kahwin dan memutuskan untuk mengenali hati budi Zara dalam tempoh setahun. "Tipulah kalau tiada perancangan. Kami ada berbincang mengenai perkara itu tapi bukan secara serius. "Kami mahu beri masa sekurang-kurangnya setahun untuk kenal dahulu hati budi masing-masing sebagai pasangan kekasih.
"InsyaAllah, kalau ada jodoh ke peringkat seterusnya, saya nak kahwin terus, tak nak ada majlis tunang. "Saya berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik bagi hubungan kami ini semoga segalanya akan dipermudahkan," katanya kepada Astro Gempak. Hafreez juga sedang sibuk dengan penggambaran drama terbaru adaptasi novel, Pencuri Cinta Kelas Satu yang digandingkan dengan Emma Maembong. Moga hubungan cinta Hafreez dan Zara sentiasa mekar dan menuju ke gerbang perkahwinan tidak lama lagi. Mana tahu tiba-tiba tukar fikiran untuk percepatkan majlis? Jangan tunggu lama-lama! - CARI
|
8
Bagus |
7
Marah |
22
Terkejut |
2
Sedih |
11
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
umbut replied at 22-6-2018 02:15 PM
Hafreez lagi muda kannn???
ADVERTISEMENT