Berita baik buat peminat Elly Mazlein, setelah pergaduhan yang berlaku sekian lama, akhirnya tarikh 24 Jun 2018 adalah tarikh keramat, Elly menamatkan persengketaan dengan bekas suami, Azmi Hata dan bekas madunya, Faye Kusairi. Kegembiraan tersebut dikongsikan di laman Instagramnya dengan memuat naik gambar bersama permata hati mereka, Sefhia. Dengan tanda pagar yang menyatakan kebahagiaan dan kegembiraan yang telah berbaik-baik dengan Azmi dan Faye, nyata memberi kegembiraan kepada peminat-peminatnya. Ramai yang mengucapkan tahniah di atas perubahan tersebut. Malahan, ada juga pengikut Elly yang memberi contoh pendamaian antara beberapa artis yang boleh dijadikan panduan. Ada juga komen menarik yang menyatakan Sefhia satu-satunya anak perempuan Azmi kerana yang lain adalah anak lelaki. Mesti ramai juga yang tidak tahu Azmi ada anak lain kan? Namun, di sebalik ucapan tahniah, terselit juga ucapan yang tidak sedap didengar. Dengan menggunakan tanda pagar #nasihatje, netizen ini menasihatkan agar Elly jangan terlalu mengikut emosi. |
ADVERTISEMENT