“Ia adalah detik bersejarah untuk semua wanita di Arab Saudi.” “Masa yang terbuang kerana perlu menunggu ketibaan pemandu sudah berakhir.”
“Kami tidak lagi memerlukan lelaki untuk memandu.” Memetik laporan Bernama, demikian luahan beberapa orang wanita Arab Saudi sebaik saja larangan berusia lebih sedekad yang dianggap sebagai satu penindasan terhadap wanita itu ditamatkan. Ini termasuk penyampai televisyen Saudi, Sabika al-Dosari yang terus memandu beberapa minit selepas larangan itu ditamatkan di timur bandar Al-Khobar. Sehubungan itu, tindakan berkenaan diramalkan menyuntik transformasi terhadap ramai wanita kerana membantu mereka membebaskan diri dari bergantung kepada pemandu atau saudara lelaki, sekali gus membawa kepada penjimatan wang yang amat besar.
Awal bulan ini, buat pertama kali kerajaan Arab mula mengeluarkan lesen memandu untuk golongan wanita, termasuk ke atas individu yang membuat keputusan menukar permit memandu antarabangsa mereka kepada lesen memandu negara berkenaan. Kira-kira enam juta wanita atau 65% populasi wanita dijangka memohon untuk mendapatkan lesen selepas ini. "Kira-kira tiga juta wanita di Arab Saudi dijangka dapat menerima lesen mereka dan memandu secara aktif menjelang 2020," kata syarikat perunding PricewaterhouseCoopers. Sebagai tambahan kepada kereta, wanita juga akan dibenarkan memandu van dan trak serta menunggang motosikal. Pada September 2017, Raja Salman mengeluarkan pengisytiharan mengakhiri larangan yang dikenakan selama berdekad itu.- CARI |
16
Bagus |
8
Marah |
11
Terkejut |
9
Sedih |
17
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dauswq replied at 24-6-2018 09:12 PM
Kawan2 lobai pas aku tak suka dgn berita ni dan mereka kata ni pengaruh yahudi. Bagi mereka, sepatut ...
tanakkampung1x replied at 25-6-2018 07:44 AM
Wajah2 wanita Arab Saudi lepas dibenar memandu
lkick2113 replied at 25-6-2018 04:12 PM
kenapa dia tak tutop aurat betul2 @Maideen. @FOTHER_MUCKER
Maideen. replied at 25-6-2018 06:26 PM
Ntah lah Lkick.... Yang mencukur bulu kening pon ramai Maideen tengok seolah olah mereka tak tah ...
lkick2113 replied at 26-6-2018 08:07 AM
jakim pun ada unit aurat ye maideen???
Maideen. replied at 26-6-2018 09:03 AM
Unit Aurat ni kecil ajer yang dianggotai oleh 25 orang pegawai, 75 orang kerani dan 30 orang peon ...
ADVERTISEMENT