Bagi perlawanan Piala Dunia FIFA Rusia 2018 kali ini, pasukan Argentina sememangnya mempamerkan permainan yang agak hambar di perlawanan peringkat kumpulan.
Antaranya ketika perlawanan pertama diakhiri dengan keputusan seri dengan pasukan Iceland dan perlawanan kedua pula kalah teruk 0-3 kepada pasukan Croatia. Biarpun pada perlawanan terakhir dalam kumpulan, pasukan Argentina berjaya bangkit semula dengan mengalahkan pasukan Nigeria, seterusnya memasuki pusingan kedua, namun kemenangan itu dianggap berita baik yang agak lambat buat seorang penyokong tegar dari India, Memetik laporan International Business Times (IBT), Dinu Alex yang berusia 30 tahun itu merupakan seorang penyokong tegar pasukan Argentina khususnya pemainnya, Lionel Messi.
Dilaporkan setelah pasukan Argentina kalah 0-3 kepada Croatia pada Sabtu lalu, Dinu dikatakan tidak dapat menerima hakikat terhadap keputusan pasukan kebanggaannya kalah teruk kepada Croatia, kemudian keluar rumah dan menghilangkan diri sehingga sekarang. Ibunya terjumpa nota yang ditinggalkannya di dalam bilik, yang tertulis, " Saya tidak dapat terima pasukan kegemaran Argentina kalah begitu teruk. Saya sudah menonton semuanya apa yang saya perlu tonton. Apa yang tinggal untuk saya tonton sekarang? "Saya sedang menuju ke arah kematian, tiada sesiapa perlu bertanggungjawab terhadap pemergian saya." Hasil laporan ibu mangsa, polis menjalankan operasi mencari di sungai Meenachil berhampiran rumahnya. Polis berjaya menemui mayat mangsa di tebing sungai tersebut pada 24 Jun yang juga kebetulan merupakan tarikh hari jadi Lionel Messi.- CARI
|
14
Bagus |
15
Marah |
14
Terkejut |
23
Sedih |
26
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT