Diam tak diam, kita sudah pun memasuki bulan Julai iaitu bulan dimana penyanyi Haqiem Rusli akan menyatakan keputusannya samada untuk meneruskan kariernya sebagai penyanyi atau tidak.
Beberapa jam yang lalu,Haqiem memuat naik foto ke akaun Instagram miliknya berserta kapsyen berbunyi: "Jumpa awak tidak lama lagi/ Julai" Status tersebut seakan-akan mahu memberi pembayang yang dia akan mengumumkan keputusan yang dibuatnya kepada umum tidak lama lagi. Status tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata berharap yang Haqiem akan membuat keputusan yang bijak dan meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi.
Teman seperjuangannya, Asad Motawh juga turut meninggalkan kata-kata semangat di ruangan komen status tersebut. Teruskan perjuangan. Ramai yang memberi sokongan.. Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang membalas komen Asad tersebut dengan bertanya dan meminta dia untuk berhenti menjadi seorang penyanyi. Bila nak berhenti menyanyi? Sepatutnya Asad yang berhenti bukan Haqiem.. Ramai juga yang memuji dan turut memberi dorongan pada Asad.. Sebelum ini, Asad pernah mengeluarkan kenyataan yang dia akan menurut jejak langkah Haqiem sekiranya rakannya itu membuat keputusan untuk menamatkan karier seninya sebagai penyanyi. Apa pun kita tunggu sahaja keputusan Haqiem dan diharap Asad turut mempertimbangkan kata-katanya yang mahu mengikut jejak langkah Haqiem sekiranya rakannya itu berhenti. -CARI
|
ADVERTISEMENT