Semalam Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan pihak pihak berkuasa Indonesia telah berjaya menangkap ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Memetik laporan Bernama, Jamal yang menjadi buruan lebih sebulan itu ditangkap oleh Polis Kebangsaan Indonesia (Polri) pada pukul 6.15 petang, ketika sedang mendapatkan perkhidmatan di salon rambut di Jakarta Selatan. "Polis Malaysia sudah dihubungi untuk penghantaran balik pemimpin kumpulan Baju merah itu dalam masa terdekat ini," tambah Tan Sri Muhyiddin. Jamal kini disiasat untuk sekurang-kurangnya enam kesalahan, termasuk mencetuskan gangguan awam dengan memecahkan botol alkohol untuk membantah Festival Beer Better di bangunan sekreteriat negeri Selangor, Oktober lalu.
Polis melancarkan pencarian selepas dia didapati lari dari wad di Hospital Pakar Ampang Puteri, 25 Mei lalu.- CARI
|
8
Bagus |
15
Marah |
7
Terkejut |
13
Sedih |
10
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bangcak replied at 2-7-2018 09:02 PM
jom @tobby kita berhimpun depan kedutaan yindon.
ketua bahagian u kene tangkap pak pulisi takkan s ...
namieamuro replied at 2-7-2018 09:05 PM
abes yg dikatekan pak jamal ade je kt msia tu sape..qarin die ke
ADVERTISEMENT