Pembelian produk Power Root ternyata memberi pengalaman yang tidak disangka dan menggembirakan kepada 77 pemenang bertuah yang berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM55,900 melalui Peraduan Senang Jer Menang anjuran Power Root, sebuah syarikat tempatan yang memahami kehendak pelanggannya.
Peraduan yang bermula pada 1 Mei, 2018 di seluruh negara masih tinggal 18 minggu sehingga 31 Oktober, 2018. “Peraduan Senang Jer Menang adalah salah satu cara untuk berinteraksi dan memberi ganjaran kepada pelanggan kami. Kami tidak mahu menganjurkan pertandingan dimana pelanggan terpaksa mengisi borang penyertaan atau mengambil gambar dan ’tag’ gambar tersebut. "Kami ingin memudahkan proses penyertaan supaya ia senang sahaja untuk menang dalam peraduan ini. Sehingga kini, kami telah menemui 77 pemenang bertuah di seluruh Semananjung (Malaysia) termasuk di Sabah & Sarawak.
"Kami menjangkakan beberapa ribu pemenang bertuah lagi yang bakal muncul dalam tempoh 4 bulan yang akan datang sehingga 31 Oktober, 2018,” kata Pengerusinya, Dato' Afifuddin Bin Abdul Kadir. Bercakap di majlis sidang media kepada 77 pemenang setakat ini, Dato’ Afifuddin turut menambah: “Dengan kos sara hidup yang tinggi, ramai rakyat Malaysia merasai kesannya apabila perbelanjaan harian mereka semakin meningkat. Penurunan GST dari 6% kepada 0% sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang dihadapi. "Sebagai sebuah syarikat tempatan, kami ingin turut serta membantu sedaya yang kami mampu. Melalui peraduan ini, ianya akan menjadi satu bonus untuk pelanggan setia kami dan kami berharap ia juga dapat menarik pelanggan baru untuk membeli dan mencuba minuman produk kami.” Menurut Alif Satar, Duta Alicafe yang juga hadir di majlis tersebut, ”Peraduan Senang Jer Menang memang sangat mudah untuk menang. Anda hanya perlu membeli mana-mana pek produk Alicafe, Alitea, Per’l atau Per’l Xlim dan cari Kad Gores yang mungkin berada di dalam pek. Jika anda menjumpai Kad Gores, anda telah menang! Goreskan Kad Gores untuk mengetahui hadiah yang telah dimenangi. "Beribu-ribu hadiah telah disediakan, yang bernilai dari RM 100 sehingga RM 5,000. Tiada had pembelian untuk jumlah pek yang boleh dibeli dan anda pasti menikmati minuman ini bersama rakan-rakan dan keluarga. Dato’ Afifuddin turut berkata bahawa Power Root sangat gembira kerana pemenang yang telah dijumpai sehingga kini adalah daripada pelbagai lapisan masyaratkat dan berbeza latar belakang. Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan perlu membeli mana-mana produk Alicafe, Alitea, Per’l atau Per’l Xlim. Jikalau pek mengandungi kad gores, anda telah menang! Peraduan “Senang Jer Menang!” ini berlangsung sehingga 31 Oktober, 2018 dan semua produk yang mengambil bahagian ada dijual di pasaraya-pasaraya utama, pasaraya-pasaraya besar dan kedai runcit bebas. Untuk maklumat lanjut tentang Peraduan Senang Jer Menang, sila layari laman www.powerroot.com.my atau Facebook Alicafe, Facebook Per’l dan Facebook Powerroot. - CARI
|
6
Bagus |
11
Marah |
11
Terkejut |
15
Sedih |
13
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
GigaMom replied at 3-7-2018 05:28 PM
Peraduan produk ni dh byk kali
Dr zaman fahrin hot
Tp kkp x penah tau list pemenang
ADVERTISEMENT