Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail lantang menyelar tindakan lelaki yang mengahwini kanak-kanak perempuan yang berusia 11 tahun.
Menerusi posting di akaun Instagram miliknya, Chef Wan menyatakan betapa dia tidak dapat menerima segala alasan yang diberikan oleh lelaki tersebut kerana usia isterinya masih terlalu muda. Nasib isteri-isteri dan anak-anak yang sedia ada pun tidak terbela tapi masih bernafsu untuk berkahwin lagi..
Kanak-kanak tersebut sepatutnya mendapat pendidikan bukannya menjadi suri rumah pada usia yang terlalu muda.. Perbuatan yang berlandaskan nafsu dan tidak menggambarkan peribadi seorang yang dikatakan agamawan.. Malah, kisah ini turut mendapat perhatian media-media antarabangsa sekaligus memalukan negara.. Dalam pada itu, ramai yang turut meluahkan pendapat masing-masing yang rata-rata memang tidak bersetuju dengan tindakan tidak rasional lelaki tersebut. Nafsu terpesong, nampak kanak-kanak pun boleh bernafsu... Masih terlalu muda untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri. Fikiran masih terlalu mentah.. Berita mengenai perkahwinan yang tidak sah di sisi undang-undang tersebut menjadi bualan hangat netizen selepas salah seorang isteri kepada lelaki tersebut berkongsi mengenainya di akaun Facebook miliknya gara-gara kesal dengan perbuatan suaminya. -CARI
|
GigaMom replied at 3-7-2018 05:32 PM
Buat sgt sblm fkir
Jgn ko ceraikan bini muda pula gara2 bocorkn rahsia bodohkau ni
ADVERTISEMENT