Kemaskini 5.30pm : Datuk Seri Najib Sah Ditangkap SPRM, Pagi Esok Dihadap Ke Mahkamah
Penahanan Datuk Seri Najib Razak petang tadi disahkan oleh Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB. Menurut kenyataan Pasukan Petugas Khas 1MDB, Najib ditahan berkaitan siasatan kes SRC International Sdn Bhd. Menurut laporan Harian Metro, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur, 8.30 pagi esok. Pasukan Petugas Khas 1MDB dianggotai bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador.- CARI
Kemaskini 5pm : Datuk Seri Najib Dilaporkan Ditahan SPRM Baru-baru ini berhampiran kawasan perumahan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan dibanjiri petugas media berikutan terdapat spekulasi beliau bakal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Hari ini terdapat juga beberapa sumber yang melaporkan Datuk Seri Najib Razak kemungkinan ditangkap hari ini. Menurut laporan The Malaysian Insight, Najib dibawa SPRM sekitar pukul 3 petang tadi dari rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. Bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan SPRM berhubung perkara itu.- CARI
|
11
Bagus |
7
Marah |
16
Terkejut |
11
Sedih |
6
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT