CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Didakwa Hilang Ditemui Mati Dalam Peti Sejuk Rumah Pengasuh

4-7-2018 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 100235| Komen: 729


Tular kehilangan seorang bayi lelaki berusia lima bulan di laman sosial Facebook setelah dimuat naik bapanya untuk meminta orang awam membantu mengesan akhirnya terjawab. 


sumber : Selangorkini

Memetik laporan Harian Metro, mangsa, Adam Rayqal Mohd Sufi ditemui mati di dalam rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves lewat malam kelmarin.

Ketika ditemui mangsa berada dalam sebuah beg berwarna hijau dengan berpakaian lengkap serta dibalut kain napkin di bahagian sejuk beku peti ais di rumah itu kira-kira pukul 11 malam.

Difahamkan kehilangan mangsa disedari apabila ibunya, Farah Madiha Othman yang ingin menjemputnya pulang kira-kira 7 malam kelmarin.

sumber : www.cerbee.com


Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata penemuan mangsa berdasarkan maklumat yang diterima daripada pengasuh itu selepas proses rakaman percakapan yang dilakukan terhadap suspek dicurigai.

"Pemeriksaan awal anggota badan mangsa tidak menemui sebarang kecederan dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat." 

Pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun telah ditahan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.- CARI
21

Bagus
48

Marah
25

Terkejut
27

Sedih
14

Lawak
33

Bosan

Friends Rank (168 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote R2D2 4-7-2018 07:42 AM
Bayi hilang di Gombak, ditemui mati di rumah pengasuh

GOMBAK: Bayi lelaki Adam Rayqal Mohd Sufi, 5 bulan, yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas didakwa diambil seorang lelaki, ditemui mati di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, di sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat Adam Rayqal ditemui disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu, kira-kira jam 11 malam tadi.

Katanya, mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain napkin serta disumbat dalam beg berwarna hijau di temui oleh sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.

"Mayat Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.

"Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Nakhoda, sebentar tadi.

Ali berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, pihaknya sudah menahan pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.

"Mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat," katanya
Quote R2D2 4-7-2018 07:43 AM
Bayi 5 bulan hilang dari rumah pengasuh



GOMBAK: Seorang bayi lelaki berusia lima bulan hilang apabila pengasuhnya tersalah menyerahkannya kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai bapa bayi itu di Kampung Nakhoda, Batu Caves, di sini jam 6.30 petang, semalam.

Kehilangan bayi bernama Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif itu disedari ibunya, Farrah Madihah Othman, 28, selepas dihubungi pengasuhnya dikenali sebagai Akila yang memaklumkan anaknya sudah diambil suaminya, Mohd Sufi Naeif Mohd Pauzi, 28.

Menurut Farrah, dia baru seminggu menghantar bayinya itu ke rumah pengasuh berkenaan dan terkejut apabila dimaklumkan bahawa suaminya sudah datang mengambil anak sulungnya mereka.

"Saya terkejut apabila pengasuh maklumkan bahawa suami sudah datang mengambil anak kami sedangkan suami sebenarnya memang tidak tahu pun lokasi rumah pengasuh.

"Jadi, saya terus terkejut apabila pengasuh memaklumkan anak kami sudah tiada kerana diserahkan kepada lelaki itu," katanya ketika ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, selepas membuat laporan polis, malam tadi.

Farrah yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, dia kecewa apabila pengasuhnya itu terus menyerahkan bayi berkenaan kepada lelaki terbabit sedangkan tidak mengenali suaminya itu.

"Membuatkan saya kecewa, bagaimana dia (pengasuh) boleh terus serahkan bayi kami kepada lelaki berkenaan sedangkan wajah suami saya pun dia tidak kenal.

"Lagi bertambah kecewa bila bayi kami diserahkan terus tanpa menelefon saya untuk pengesahan," katanya.

NSTP difahamkan, pengasuh berkenaan menyerahkan Adam selepas seorang lelaki berpakaian kemas mendakwa dirinya sebagai bapa bayi itu dan ingin mengambilnya.

Pengasuh berkenaan dikatakan sudah menghubungi ibu bayi itu untuk pengesahan namun panggilan tidak berjawab sebelum menyerahkan bayi itu.

Sehubungan itu, Farrah dan Mohd Saufi turut meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan bayi mereka.
Quote batusembilan 4-7-2018 07:44 AM
gile apa pengasuh ni
Quote Suchi 4-7-2018 07:46 AM
Try nk stalk fb pengasuh tp xde info sgt sbb private kot, tp ade kuar post drpd org yg kenal dia rupanya dia ada ank angkat lelaki katanya takleh jln n buta kot gitu.org tu kata pengasuh tu penah marah maki ank angkat dia tu depan org ramai.
Ada gak yg post katanya pengkid, kalau ikut kenyataan polis pun ada sebut yg dia ade teman serumah.
Ada gambo kt fb mcm dia sambut besday sapa tah dlm gambar tu pun ade sorang mcm pengkid pegang baby mungkin ank angkat dia tula kot.
Quote xoic726 4-7-2018 07:47 AM
another pengasuh from hell.. mana gambor saitan ni ahkak nak tengok..cilaka...
Quote Nsz1314 4-7-2018 07:48 AM
Takziah buat fmly baby adam..
Kg nakhoda
Kmpg ayah aku. Haihhlaah .. takut nak hantar baby dengan org sebarangan. Yg ni paling dasyat la mati terus sumbat dalam peti ais
Quote mawarika 4-7-2018 07:48 AM
Kesian maknya..susah payah pregnant, beranak, berpantang nak dpt anak. Seminggu je kat tgn pengasuh terus mati. Mcmana rupa pengasuh tu? Nak tgk..
Quote haliamerah 4-7-2018 07:49 AM
simpan dlm peti ais???.... gile ke ape pengasuh ni...mcm mane agaknye baby tu blh mati...siannye...ni lah dilema mak2 yg jauh dr family,,bile anta anak umah pengasuh,,hati xtenteram...tau2 anak hilang,anak mati,anak kena dera,,
Quote tensic~ 4-7-2018 07:50 AM
Tak dapat mak menangis.. jam2 tu jugak menangis.. jumpa kt rumah pengasuh nangis lg.. ya allah tabahkan lah..
Quote gekkou 4-7-2018 07:50 AM
akhirnya ada gak yang buka benang ni

ada yang komen kat fb lepas 7 jam bayi ni hilang
pengasuh ni ada buat iklan mencari bayi untuk diasuh

Quote noor2 4-7-2018 07:50 AM
Astaghfirullah. ..kes apa ni?? ...murung baca pagi2 ni....
Quote Elle_mujigae 4-7-2018 07:53 AM
ya Allah...umur baru 5 bulan.. terus dizzy kepala kita baca berita ni....

kat group pengasuh baca sepintas lalu tadi katanya sbb tersedak susu?
Quote cap_ayam 4-7-2018 07:55 AM
Tak sabar nak tengok Akila kena hukum gantung sampai mati.
Quote Elle_mujigae 4-7-2018 07:55 AM
baby 5 bulan tak kuat nak pegang botol sendiri lagi....kena pangku  dan stop sekejap bagi susu kalau baby minum laju.... pastu kena sabar nak sendawakan baby.... pastu dah baringkan kena sentiasa monitor sebab susu tu boleh keluar balik jadi muntah..masa ni yg dangerous..boleh tersedak susu senyap2...
Quote haliamerah 4-7-2018 07:55 AM
simpan dlm peti ais???.... gile ke ape pengasuh ni...mcm mane agaknye baby tu blh mati...siannye...ni lah dilema mak2 yg jauh dr family,,bile anta anak umah pengasuh,,hati xtenteram...tau2 anak hilang,anak mati,anak kena dera,,
Quote fifie_olin 4-7-2018 07:55 AM
sanggup dia buat baby mcm tu
gila ketum betul la..
Quote noor2 4-7-2018 07:56 AM
"Saya terkejut apabila pengasuh maklumkan bahawa suami sudah datang mengambil anak kami sedangkan suami sebenarnya memang tidak tahu pun lokasi rumah pengasuh.


Ya Allah ..ni satu hal. ...jangan ambil remeh lokasi hantar anaknya pun tak tahu
Quote MayaDelaRosa 4-7-2018 07:56 AM
Ya allah..Kejam!!
Quote noor2 4-7-2018 07:57 AM
Kenapa pengasuh ni menipu. ....ya Allah. ...runtun hati baca. ...bangsa apa pengasuh ni. .umur berapa?

Lihat semua komen(729)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.138485 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top