Gempar bila semua media melaporkan mantan perdana menteri kita Datuk Seri Najib Razak ditangkap di rumah persendirian beliau di Langgak Duta.
Mendapat pelbagai reaksi dari rakyat Malaysia ada yang berasa gembira kerana akhirnya beliau dihadap ke muka pengadilan dan ada juga yang berasa kasihan kerana imejnya sebagai mantan perdana menteri tercalar. Dikhabarkan juga seramai 50 orang yang membuat solidariti Najib Razak di luar SPRM Putrajaya ketika malam beliau ditahan. Dalam pada itu, pagi ini viral pula di Facebook katanya penyokong Najib Razak membuat kecoh di mahkamah.
Pasti semua orang tahu tentang adab bila berada di mahkamah untuk senyap dan bila pihak polis minta mereka untuk senyap, salah seorang protes menjawab 'tiada dalam undang-undang untuk kami perlu diam di mahkamah'. Netizen di Facebook juga sibuk berbalah dan tak kurang juga menyindir tindakan penyokong bekas perdana menteri itu. Sebenarnya polis hanya menjalankan tugas mereka. Kepada pihak yang hadir ke kawasan mahkamah haruslah memberikan kerjasama dan juga menghormati prosedur yang dijalankan. Apa pula pendapat anda? - CARI |
ADVERTISEMENT