CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiba-tiba Rasa Bersalah Dan Kesian Pula Pada Najib - Michael Ang

4-7-2018 06:25 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 9019| Komen: 32|Original author: Oleh: Saiful

Description: Kecoh! Itu yang dapat digambarkan mengenai isu Datuk Seri Najib Razak sejak bekas Perdana Menteri itu ditahan, semalam, hinggalah pendakwaannya hari ini.
Kecoh! Itu yang dapat digambarkan mengenai isu Datuk Seri Najib Razak sejak bekas Perdana Menteri itu ditahan, semalam, hinggalah pendakwaannya hari ini.

Umum tahu, memang ramai selebriti berada di pihaknya dan memberikan sokongan padu menerusi media sosial seperti Erma Fatima, mahupun secara langsung dengan membuat penampilan seperti Ellie Suriaty yang bersama-sama penyokong lain di kompleks mahkamah melaungkan supaya Najib dibebaskan.

Tiada bezanya dengan pengarah Michael Ang yang turut memanfaatkan landasan media sosial untuk meluahkan perasaannya berhubung perkara sama.





Namun, apa yang bezanya adalah Michael atau Mike dengan jelas menunjukkan dirinya tidak berpihak pada Najib.

"Mula-mula, bila tahu kes 1MDB pada tahun 2015 aku betul-betul marah dan gigih google semua bahan berita berhubung isu itu.

"Sebab, sebagai seorang artist kena tutup mulut dan tak boleh bercakap secara terbuka pasal kemarahan aku dan kebodohan menteri-menteri waktu itu!

"Cuba sekali-sekala kutuk secara berlawak kat IG dan Twitter, takut kena ban!" tulisnya.





Bagaimanapun, ia tidak bermakna Mike bersetuju dengan tindakan masyarakat yang membenci bekas pemimpin negara itu terus-menerus menghina Najib.

"Hari ini Najib kena tangkap, tiba-tiba rasa bersalah dan kesian pulak kat dia,"
ujarnya.

Mike menyeru orang ramai untuk berhenti mengutuk Najib, sebaliknya serahkan kepada undang-undang untuk menghukumnya.

"Kita cuma manusia biasa dan kita bukan Tuhan, jadi tak payah la nak jatuhkan hukuman pada orang sedangkan kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku," tegasnya.


Foto: IG Michael Ang

Setuju sangat dengan Mike! Walaupun banyak kesalahannya, kita serahkan sahaja kepada pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dan doakan sahaja semuanya berjalan dengan baik dan selamat. Tak begitu? - CARI
30

Bagus
41

Marah
35

Terkejut
32

Sedih
36

Lawak
39

Bosan

Friends Rank (213 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 4-7-2018 06:33 PM
diamlah gemuk
pi la buat drama2 sampah ko utk tatapan lobenak sana tu
Quote kiambang 4-7-2018 06:36 PM
Dasar lalang ...
Quote RatuDunia94 4-7-2018 06:58 PM
Yg penting drama heols semakin flop.. Rahsia Hati Pondan & Tiak Mu Sweetheart flop habis..
Quote danieladam 4-7-2018 07:08 PM
Walaupon si gemok ni drama semakin flop, iols setuju je apa yg dia cakap. X yah over sgt ngutuk..takut ujung2 jatuh cinta pulak. Bayangkan manusia2 yg kutuk mader 20 tahun dlu sbb tangkap anwar, alih2 arini memuji2 mader ibarat dewa! Bola itu bulat..
Quote alesandra 4-7-2018 07:11 PM
aku sama sekali tak rase kesian apatah lagi bersalah..cuma aku tak rase happy mcm... padan muka ...casshhhhhh!!!kind of thing.agak pelik jugak
Quote tipuware 4-7-2018 07:48 PM
Aku neutral ttg ni.bagi aku biar mahkamah jalankan tugasnya. Kalau pada penyokongnya tu biar la..
Quote olaklempit 4-7-2018 08:28 PM
Tak perlu over sangat lah ngutuk ex PM. Tunggu je keputusan mahkamah dan follow trial. Masa trial nanti mcm2 nama keluar/ berkait. Untunglah menteri dulu2, tak kena dakwa mcm ni kecuali DSA, suci sangat ke depa2?
Quote LautBiru52 4-7-2018 08:29 PM
Aku setuju dgn mike. Najib dah dpt pun dpt bahagian dia. From somebody to nobody.
Quote kiah_mai_pulak 4-7-2018 08:29 PM
cmf_premierleag replied at 4-7-2018 06:33 PM
diamlah gemuk
pi la buat drama2 sampah ko utk tatapan lobenak sana tu

Baru nk komen minta gemok ni diam. Hahaha
Quote swimswim 4-7-2018 09:17 PM
Sama-sama lah kita ambil iktibar. Kita manusia yg lemah dan kena sentiasa bertaubat
Quote swimswim 4-7-2018 09:17 PM
Sama-sama lah kita ambil iktibar. Kita manusia yg lemah dan kena sentiasa bertaubat
Quote ninyahnoks 4-7-2018 09:22 PM
Harta rampasan sampai 1 billion, duit dari luar negara sampai 2.6 billion, hujung hujung kena tuduh terima rasuah 47 juta jer. Nyah tertanya...what's going on?
Quote meisapoya 4-7-2018 09:46 PM
X kesian ponn tapi kalau betol atok najib x salah, i kena mintak maap banyak2 lah sbb selalu kutuk2 statement2 x cerdik beliau dan rakan2. Mungkin nnt court blh rule segala statement sblm2 ni x de cacat cela plak ke... semoga adil yach pengadilan kali ni....
Quote fazamania 4-7-2018 09:49 PM
ninyahnoks replied at 4-7-2018 09:22 PM
Harta rampasan sampai 1 billion, duit dari luar negara sampai 2.6 billion, hujung hujung kena tuduh  ...

Sabar lah nyah..takkan terus beranak terus nak campak luar tingkap.. kene amik masa fikir dua tiga kali nyah lepas tu baru campak.. hahaha
Quote barfi 4-7-2018 10:00 PM
danieladam: Walaupon si gemok ni drama semakin flop, iols setuju je apa yg dia cakap. X yah over sgt ngutuk..takut ujung2 jatuh cinta pulak. Bayangkan manusia2 yg ...


Ayah & mak aku macam tu la..
Dorang didik aku supaya benci mahathir. Aku membesar dengan kebencian pada mahathir.

Pastu election lepas aku takmo undi PH dan2 dorang cakap takpela tun M dah insaf bla3x..

Tapi aku tetap tak undi PH..
Quote LostStar 5-7-2018 12:12 AM
Btl kata mike...

aku hanya mampu berdoa mintak jauh la kena ke adek bradek serta laki ku.. masa hadapan kita tak taw apa jadi.. itu jaaaa...
Quote hangdenim 5-7-2018 12:27 AM
Dah kesian pulak...........
Quote ayjay 5-7-2018 03:19 AM
Sebab tu Tun M lantik TT. Org melayu dan sewaktu dengannya mudah kesian.
Sebab tu juga si qieqie asyik buat taik lepas tu minta maaf lepas tu buat taik lagi besar
Quote Themilo 5-7-2018 08:10 AM
ninyahnoks replied at 4-7-2018 01:22 PM
Harta rampasan sampai 1 billion, duit dari luar negara sampai 2.6 billion, hujung hujung kena tuduh  ...

susah nak cari bukti agaknya? or sekadar fitnah je selama ni?

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.062866 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top