|
Seorang lelaki di England menyalahgunakan perkhidmatan kecemasan dengan mendail talian 999 hanya kerana berang apabila anak lelakinya enggan mencari pekerjaan.
Memetik Irish Post, Polis Lincolnshire telah mengeluarkan amaran kepada sesiapa yang mendail talian kecemasan itu tanpa sebab selepas menerima dua panggilan berasingan daripada individu terbabit. Pegawai bilik kawalan, Sam memuat naik status di Twitter untuk menjelaskan perkara itu. "Tindakan menghubungi talian kecemasan seperti ini sangat tidak wajar dan amaran telah dikeluarkan! Sam," tulisnya. Tindakan lelaki terbabit mengundang kecaman netizen di Twitter. "Saya masih ingat apa yang bapa saya ajarkan bahawa talian 999 hanya digunakan ketika kecemasan sahaja. "Saya tidak faham mengapa masih ada orang bersikap begini. Semua orang yang saya kenal akan berasa takut atau panik jika terdail 999 tanpa sengaja," antara komen netizen. - CARI
|
|
9
![]() Bagus |
10
![]() Marah |
14
![]() Terkejut |
18
![]() Sedih |
12
![]() Lawak |
15
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.085492 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.