CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jaga Poket Sendiri Boleh Tak? Kurang Ajar Tanya Gaji Orang!

13-7-2018 02:30 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 11910| Komen: 42|Original author: Oleh: Whitney


Ramai yang impikan pekerjaan yang hebat dengan gaji yang besar. Tetapi, bukan semua orang mendapat peluang sebegitu. Asalkan mendapat pekerjaan yang baik dan gaji yang setimpal, itu sudah memadai bagi menampung keperluan hidup. Bagaimanapun, ada keadaan di mana pekerjaan yang sama tetapi dibayar dengan gaji yang berbeza. Sebenarnya, ia dinilai atas pelbagai faktor. 

Seorang pengguna twitter memuat naik status tentang beberapa perkara yang tidak sopan dilakukan berkaitan isu gaji. Bagi sesetengah netizen, isu gaji adalah perkara yang sensitif untuk dijadikan bahan perbualan. Jadi, jumlah gaji bulanan seseorang adalah rahsia dan tidak perlu diketahui umum. 


Poket dia koyak tu!

Ramai juga netizen yang setuju dengan status dan pendapat lelaki ini. Mereka tidak suka orang  mengambil tahu hal berkaitan gaji mereka malah sibuk memberitahu berapa pendapatan gaji orang. Lebih baik menjaga hal sendiri  kerana keperluan bajet setiap orang tidak sama.


Tidak salah pun lah!

Tetapi, netizen ini tidak kisah pula apabila orang bertanyakan tentang gaji dan merasakan ia adalah perkara normal. Bagi orang yang berfikiran terbuka sebegini, mereka berpendapat tidak salah jika orang mengetahui jumlah gaji yang diperoleh kerana ia dapat membantu mereka mengetahui keadaan gaji semasa yang ditawarkan dalam sesuatu bidang pekerjaan dan boleh memberikan motivasi buat mereka.

 
Terpulang pada pendapat masing-masing. Maklumlah, sekarangkan ramai makcik bawang yang suka mengambil tahu hal yang tidak sepatutnya malah suka membuat andaian yang tidak betul. Yang penting, gunakan duit gaji dengan berhemah.  - CARI 

8

Bagus
20

Marah
14

Terkejut
24

Sedih
11

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 13-7-2018 02:35 PM
sibuk nak tau gaji org buat pe?
supaya blh membawang?

dulu x-colleague aku sibuk duk kecam gaji org, padahal gaji dia dan laki dia so-so je
Quote eyansss 13-7-2018 02:49 PM
tanya range gaji untuk benchmark takpe la... ni purposely tanya gaji orang tu sebab nak membawang.. lain tu...
Quote sinalegna 13-7-2018 02:50 PM
Lg satu isi form tanya gaji.. apa yg sibuk sgt tah, kadang mcm xde kena mengena pon
Quote grizz 13-7-2018 03:06 PM
klu skadar tnye nk tau kot..mane la tau nk mintak keje len nk gak la compare gaji gamaknye..
Quote Artemesiaa 13-7-2018 03:07 PM
Nak membawang je sebenarnya tu bukan nak memotivasikan diri pun.  Lepas tu mula lah masing2 pasang pasukan membawang boikot pulau saja2 cari kesalahan dengan harapan dapat memburukan kawan yang bergaji lebih tu dimata majikan.
Quote ninjago 13-7-2018 03:09 PM
maybe to some people, gaji tu ukuran kejayaan kot.. and to some, gaji tu ukuran kekayaan.. tgk sape paling kaya antara semua..

yg group first tu, biasanya jadik kat exschoolmates, yg second group lak kt ofis sndiri

tu yg sebok sgt nak tahu gaji org..and even spouse org.
Quote jue10 13-7-2018 03:29 PM
klu nk mtk kje tny gaji lama tu biasa ye. mtk slip gaji pn biasa. sbb kita bg gaji based on experience. klu company xmmpu bg dia xkn pgl org tu interview.

itu klu nk mrh company tny gaji la
Quote sarahmirza 13-7-2018 03:40 PM
Sekolah sibuk nak tau gaji parents sebab apa?
Sebab senang nak pow minta sponsor itu ini
Quote jaja8 13-7-2018 03:48 PM
senang nak detect minta derma la kot..
Quote Nana_Man 13-7-2018 05:43 PM
I will tell.. tapi jumlah yg kurang dari sebenar.. hehe..
Quote misc 13-7-2018 06:30 PM
Cakap gaji 1000 sebulan. Mesti diam.
Quote aku_best 13-7-2018 07:38 PM
sarahmirza replied at 13-7-2018 03:40 PM
Sekolah sibuk nak tau gaji parents sebab apa?
Sebab senang nak pow minta sponsor itu ini

nak bagi bantuan kepada murid yang tidak berkemampuan...RMT, KWAMP....dan BAITULMAL...
Quote aderaderker 13-7-2018 08:29 PM
Ada menda yg tak perlu di share.
Salah satunya adalah gaji.
Kalau yg tahu pun maybe immediate family je..
Quote captainQUE 13-7-2018 08:30 PM
I pn mmg pantang org tanya gaji. I xsuka org tanya pasal gaji, xtau kenapa. Tp ada je member sekolah yg sibuk tanya berapa gaji{:dot
Quote munchkin 13-7-2018 08:48 PM
Never ask gaji org berapa. Bukan depa bayar bil kita pun. Will never expose brp kita ada. Tapi family kawan i suka berckp pasal material duit dan gaji. Sampai kawan i dari kecik rasa diri dia takde value. Ukuran kasih sayang duit. At first i ingat dia suka family dia begitu. Rupanya dia benci gila.
Quote zuri154 13-7-2018 08:54 PM
aku hari2 tgk gaji org. xde yg best sgt pun.
Quote sarahmirza 13-7-2018 11:24 PM
aku_best replied at 13-7-2018 07:38 PM
nak bagi bantuan kepada murid yang tidak berkemampuan...RMT, KWAMP....dan BAITULMAL...

Tau.....
Tapi i anak2 kat 2 sekolah, dua2 sekolah mintak support itu ini...
My big boss office pun kena jugak... sekolah anak dia mintak sponsor aircond 2 biji
Quote gadis_tulip 14-7-2018 09:42 AM
Sebok la nak tanya pasal gaji orang, aku sendiri pon taktau gaji laki aku bapo, nie lagi nak tanya gaji laki aku. Adoooiii
Quote ohnoLia 14-7-2018 02:22 PM
Edited by ohnoLia at 14-7-2018 02:24 PM

Ai pun tak tahu knapa org suka tanya .. mmg dah adat org melayu kot....nak2 kalau tanya budak2 fresh grad atau mcm muda2 gitu...

Kalau tanya gaji bakal menantu tu mcm dah syarat wajib.. ngegegegegegegeg.. happer ko hengat aku senang2 nak bg anak dara aku kat demo..pastu makan pasir?  Haruslah takkan kan.. tp kalau tahu kerja dr petronas ja..tak yah tanya gaji... approve terus sambil senyum sampai syurgawi... ngegegegeg

Tp mostly budak muda2 skrg gaji tinggi2... like 5k tu dah tak heran.. mmg sesuai utk di tarbiah agar menabung kat Public Mutual.

Jadi x heranlah kalau fresh grad demand gaji.. mesti lebih 4k.. sebab derg dah penat belajar gitu..mungkin pada hemat mereka lah... bg ai boleh je.. tp equipped dgn certified professional lah to support..

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.060494 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top