Bagi sesetengah orang, melakukan sesuatu aktiviti atau makan bersendirian di tempat awam adalah suatu perkara yang memang disukai dan disengajakan. Tetapi, ada orang yang melihat perkara tersebut dari sudut yang negatif iaitu melihat dengan rasa kesian. Pelbagai anggapan yang diberikan oleh sesetengah orang apabila melihat seseorang itu sedang membuat sesuatu seorang diri tanpa teman. Seorang pengguna twitter memuat naik status tentang dirinya yang ditegur oleh seorang wanita yang dipanggil makcik ketika dia sedang menikmati makanan di restoran Ikea seorang diri. Dia ditegur oleh makcik tersebut yang kesian setelah melihat dia makan seorang diri disitu. Jadi, dia berasa pelik mengapa orang lain perlu kesian sedangkan dia amat suka makan bersendirian?
Seronok apa sekali sekala makan seorang diri? Ramai netizen yang mempunyai tabiat yang sama dengan lelaki ini yang memang suka menikmati makanan seorang diri walaupun makan di tempat awam. Mereka merasakan ia adalah perkara biasa yang tidak perlu mendapat perhatian netizen dengan perasaan kesian. Ramai juga netizen yang pernah mengalami pengalaman yang sama dengan lelaki ini. Mereka dipandang dengan pandangan yang pelik apabila sedang makan seorang diri malah ada yang dituduh sebagai ‘kera sumbang’ kerana dilihat seperti tidak suka bergaul dengan orang. Walau bagaimanapun, ada netizen yang cuba bersangka baik dengan niat dan pertanyaan makcik tersebut kepada lelaki ini. Mungkin makcik itu hanya ingin bertegur sapa kerana sikapnya yang peramah. Sememangnya tidak salah makan sendirian kerana ada masanya kita mengejar masa dan tidak sempat untuk makan bersama teman-teman. Lagi pun, makan sendirian kadang kala boleh memberikan ketenangan pada diri sendiri. Setuju tak? - CARI |
21
Bagus |
16
Marah |
14
Terkejut |
21
Sedih |
22
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shernazz replied at 17-7-2018 10:53 AM
Kekadang mmg ada yang pelik
Cm mak.iols.lah...
Masa iols bujang dolu.mmg merewang sesorang hatta.k ...
ADVERTISEMENT