CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar UiTM Maut Tergelincir, Bukan Jatuh Dari Hammock -Polis

17-7-2018 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7347| Komen: 46

Seorang pelajar  Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dengkil, maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat asrama, kira-kira jam 11.30 malam.

Berita Harian melaporkan, mangsa yang berusia 18 tahun itu dikatakan bersembang dengan rakannya di balkoni asrama berkenaan.

Foto: Harian Metro
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata,

"Menurut rakannya yang juga saksi kejadian, insiden berlaku ketika mangsa dikatakan sedang bercakap telefon sambil duduk di atas besi palang balkoni menghadap ke luar bangunan.

"Tiba tiba, mangsa dipercayai tergelincir dari besi yang didudukinya itu lalu terjatuh dari ketinggian empat tingkat."


Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

"Berdasarkan siasatan awal, tiada sebarang kesan berunsurkan jenayah ditemui dalam kejadian itu.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan masih diteruskan."

Sebelum ini tular di media sosial, mendawa mangsa maut akibat terjatuh dari 'hammock yang dipasang pada palang balkoni terbabit.

Namun Abdul Aziz menolak dakwaan tersebut. -CARI
14

Bagus
6

Marah
23

Terkejut
19

Sedih
21

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 17-7-2018 08:49 AM
SEORANG penuntut lelaki jurusan Sains Univeriti Teknologi Mara (UiTM) Dengkil, Selangor maut selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan asramanya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, 11.32 malam tadi.

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 18 tahun bersama rakannya sedang bersembang di balkoni bilik asrama terbabit.

“Menurut keterangan rakannya yang juga saksi kejadian, mangsa sedang berbual menerusi telefon bimbit sambil duduk di atas palang besi balkoni menghadap ke luar bangunan.

“Bagaimanapun, mangsa tergelincir daripada besi itu sebelum terjatuh dari ketinggian tingkat empat bangunan berkenaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Abdul Aziz berkata, pemeriksaan di lokasi mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Julai 2018 @ 10:36 AM
Quote zameyla 17-7-2018 08:53 AM
adoi la dekk, yg ko dduk  dipalang besi balkoni tu kenapa...bahaya kot...
Quote zulka 17-7-2018 09:05 AM
aduhai kenapala....
takziah kepada keluarga
Quote tomaz 17-7-2018 09:05 AM
Tingkat empat tu. Awat la boleh duduk atas palang besi. Seriau iolss
Quote monreyes 17-7-2018 09:05 AM
kalau tgk insta dia...
hobi dia dgn kwn2 skolah mmg buat mende2 extreme...
x padan dengan muka suci nya...
mak bapak di luar sana pantau la sama...
nak extreme2 biarlah berilmu n ada safety...
hilang sorang budak pandai...
Quote sarahmirza 17-7-2018 09:05 AM
I baca kat wassap budak ni jatuh sebab pasang hammock kat besi sidai baju..

Apapun takziah kepada keluarga beliau.
My nephew patutnya daftar sama dgn budak ni tp last minute tarik diri sbb dpt offer scholarship kt tempat lain.
Quote myakayina 17-7-2018 09:08 AM
takziah buat family arwah..
Quote lostfaith 17-7-2018 09:09 AM
Kesiannya. Sedihnya mak ayah.
Quote MissVixen 17-7-2018 09:13 AM
Yang panjat papan tanda ipoh tu kalau tak insaf lagi tengok macam ni, tak tahu la.
Quote rospinki 17-7-2018 09:19 AM
alahai...takziah utk keluarga

moga bertabah

sedih makpak tu

Quote Matpon 17-7-2018 09:31 AM
Budak budak remaja memang suka lepak atas tembok..aku pun masa belajar poli selalu jgak dok sembang2 dgn member2 atas tembok balkoni...

Semoga rohnya tenang di sana

Salam Takziah utk keluarga
Quote Ratutulip 17-7-2018 09:36 AM
innalilahiwainnarojiun salam takziah buat keluarga arwah
Quote kucingitam 17-7-2018 09:52 AM
org pasang palang tu tak nak bagi jatuh, yang kau gi panjat duduk atas tu buat apa dik oii..
Quote s@s@ 17-7-2018 10:19 AM
dia pasang hammock, baring dalam tu
Quote 234126 17-7-2018 10:46 AM
Innalillah.luruh hati mak ayah tp dah takdir ajal arwah di asrama
Quote jaja8 17-7-2018 11:04 AM
tak pasal2 je..adoilaa
Quote SWORKS27 17-7-2018 11:12 AM
ajalnya sudah tersurat dan tersirat....
Quote vanillaninja 17-7-2018 11:28 AM
Innalillah. Semoga family arwah tabah dengan ujian.
Quote monreyes 17-7-2018 11:30 AM
wpun ajal maut tu di tangan Tuhan...
tidak cepat tidak lambat...
sudah tersirat dan tersurat...
sekiranya kita sendiri tak sayang nyawa adakah Tuhan akan ambil balik...?
aku pernah tny sorang ustaz ni..dia kata kehidupan kita boleh berubah dengan doa dan ikhtiar..

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 1.198341 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top