Susulan notis penutupan yang dikeluarkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj), Restoran Nasi Lan Kedah mendedahkan sebab mereka diarahkan tutup selama dua minggu.
Menerusi kenyataan di Laman Facebook rasmi, restoran tersebut menyatakan mereka kekurangan demerit, iaitu kurang dua peratus dari jumlah markah yang dibenarkan untuk beroperasi. "Antaranya ialah, memakai barang perhiasan (seperti jam) ketika bekerja, kawalan serangga perosak yang kurang berkesan dan susunan makan di dalam peti sejuk yang kurang teratur. "Bagaimanapun, pihak kami akan mengambil tindakan dalam masa terdekat untuk memastikan teguran dan piawaian yang ditetapkan oleh PPj tercapai." Astro Awani melaporkan, sebelum ini notis ditampal di premis terbabit di Lot 46 dan 48 kawasan Komersil Nadi, Presint 15, Putrajaya, diarah tutup berkuat kuasa jam 4.30 petang Selasa sehingga 31 Julai ini.
Arahan penutupan dikeluarkan bagi tempoh berkenaan berikutan premis tidak bersih dan disucikan, sehingga mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam. Notis terbabit ditandatangani oleh Azman Ahmad iaitu Penolong Pengarah Bahagian Kesihatan Persekitaran Jabatan Perkhidmatan Bandar PPj. -CARI
|
10
Bagus |
8
Marah |
14
Terkejut |
5
Sedih |
12
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
idakamaruddin replied at 18-7-2018 01:23 PM
owner dia kawan laki aku... makanan dia mmg sedap... igt lg masa dorang br2 meniaga x laku duit xde ...
Decaffeinated replied at 18-7-2018 03:40 PM
Aib dia tu...
Perlu ka dedah kat sini?
idakamaruddin replied at 18-7-2018 04:05 PM
apa yg aibnye? cerita pasal kejayaan dia je pn motif
teky replied at 18-7-2018 03:48 PM
naseb baik la ko islam... kalau bukan islam da tentu kene tarik balik sijil halal.. kebersihan pun s ...
ADVERTISEMENT