Jika anda merancang untuk mengadakan parti hari jadi atau pesta keramaian, resipi salsa udang dengan limpahan avokado ini sesuai untuk anda. Boleh disediakan hanya dalam 20 minit sahaja.
Kaya dengan udang dan pelbagai bahan berkhasiat lain. Jangan lupa hidangkan bersama kerepek tortilla beserta sos Tabasco untuk rasa yang lebih umphhhh! Bahan-bahan: 1 paun udang yang dbuang kulit dan ekor ¼ sudu teh garam dan lada hitam atau ikut citarasa 1 sudu besar minyak zaitun
3 limau nipis saiz sederhana (diperah jusnya) 2 biji avokado bersaiz sederhana atau besar ½ timun Inggeris 3 atau 4 biji tomato roma 1 biji bawang kecil (dipotong dadu) ½ cawan cilantro (dihiris) Cara-Cara 1.Perisakan udang dengan garam dan lada hitam. Kemudian letakkan kuali besar di atas api sederhana. Setelah kuali panas, tambah 1 sudu besar minyak zaitun. Masak udang selama 3 minit sambil membalikkan udang tersebut. Keluarkan udang dari kuali dan potong udang tersebut kemudian pindahkan ia ke dalam mangkuk yang besar. 2.Perah jus limau nipis ke atas udang, kacau dan tepikan. 3.Potong dadu timun, tomato dan juga avokado kemudian campurkan dengan udang dalam mangkuk besar tadi. 4.Potong dadu bawang dan hiris cilantro. Tambahkan ke dalam mangkuk dan kacau kesemua bahan tadi dengan sebati. Sajikan bersama sos kegemaran anda seperti Tabasco dan kerepek tortilla. Menyengat rasanya! Jenguk peti ais, kalau ada bahan yang kurang segeralah ke pasar berhampiran dan cubalah resipi ini hari ini juga! -CARI |
19
Bagus |
22
Marah |
17
Terkejut |
12
Sedih |
21
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT