Seorang lelaki mabuk ditimpa nasib malang sejurus selepas terbangun di katil hospital, menyedari dirinya sudah kehilangan alat sulit. Samui Times melaporkan, lelaki Thailand itu sebelumnya keluar minum di sebuah bar karaoke bersama beberapa rakan sekerja lain.
Bertambah sadis apabila alat sulitnya langsung tidak dijumpai di mana-mana. Mangsa yang bekerja sebagai mekanik itu memberitahu dia baru berpindah dari Trang ke Ratchaburi untuk bekerja di sebuah garaj. Dia berhibur di karaoke pada malam itu untuk mabuk bersama rakan-rakan. Menurutnya dia tiada musuh dan tidak pernah bergaduh dengan sesiapa selepas berpindah ke Ratchaburi.
Selain alat sulitnya hilang, mangsa mengalami lebam-lebam di wajh dan darah mengalir keluar dari telinganya. Polis Ban Pong, Lt. Teerawat Thongyad menyatakan saksi ternampak sebuah trak pikap berwarna hitam meninggalkan Suwit di hospital sebelum beredar dari situ. Rakan mangsa akan dipanggil untuk disoal siasat dan rakaman kamera litar tertutup akan disemak. -CARI
|
18
Bagus |
21
Marah |
17
Terkejut |
30
Sedih |
28
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cicicumel replied at 25-7-2018 10:23 AM
Hang Over versi india ka
ADVERTISEMENT