CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pencinta Alam: 10 Destinasi Menarik Di Sabah Yang Mungkin Anda Belum Tahu (Bahagian 1)

13-2-2019 10:45 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 9276| Komen: 16|Original author: Oleh: Sang Pencinta

Sudah bosan melawat tempat yang sama setiap kali ke Sabah? Apa kata anda cuba tempat ini...

Bagi pelancong tempatan dan antarabangsa, destinasi pelancongan di Sabah seperti Taman Kinabalu, Air Panas Poring, Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Pulau Sipadan dan Lembah Danum mungkin antara tempat-tempat yang sudah sering dikunjungi. Jika anda penggemar aktiviti luar, fotografi, pencinta alam sekitar atau berjiwa daredevil,  apa kata anda cuba melawat tempat baru ini pula.


1. Pulau Batu Supirak (Pitas)

Sumber foto: MySabah


Terletak di Daerah Pitas, Pulau Batu Supirak boleh dilawati dengan menyewa bot dari Kg. Malubang. Perjalanan mengambil masa sekitar 5 minit sahaja. Penggemar fotografi akan menikmati keindahan pulau kecil ini, yang menyerupai bentuk sebuah kapal. Lagenda tempatan menceritakan bahawa pulau ini berasal daripada kapal besar milik Nahkoda Supirak. Namun sama seperti kisah si Tanggang, Nahkoda Supirak  juga menderhaka kepada ibunya dan beliau serta anak kapalnya telah disumpah bertukar menjadi batu.


2. Weston Wetlands (Beaufort)

Sumber foto: MySabah

Ingin melihat monyet Probosis dan kelip-kelip? Kawasan paya bakau di Daerah Beaufort ini mula mendapat perhatian pelancong luar kerana kekayaan semulajadi flora dan faunanya. Nak tengok buaya? Ingin melihat pemandangan senja yang menakjubkan? Tak perlu jauh-jauh. Ikut sahaja mana river cruise di sekitar Sungai Weston.


3. Rumah Panjang Rungus (Kudat)

Sumber: Blog Maranjak Longhouse Lodge 

Tidak lengkap rasanya percutian ke Sabah jika tidak melawat ke mana-mana rumah panjang  tradisi suku kaum Rungus sekitar Daerah Kudat. Di Maranjak Longhouse Lodge, anda boleh menginap dan menyaksikan sendiri budaya dan kehidupan orang Rungus, yang kebanyakannya masih mengekalkan cara hidup nenek moyang mereka.


4. Bukit Lugas (Tambunan)
Sumber: Keningau_twt
Bagi sesiapa yang berjiwa daredevil, bolehlah cuba menyelusuri cerunan sempit sepanjang 200 m di Bukit Lugas , Daerah Tambunan. Anda pasti akan melahirkan keterujaan apabila berada di sepanjang laluan ini kerana ia  mengundang perasaan takut dan gayat serta dapat melihat panorama berlatar belakangkan kehijauan Banjaran Trus Madi  yang menarik dan jarang dirasai ditempat lain.

5. Balung Eco River (Tawau)

Sumber : Blog Diary Perantau

Jika anda ingin lari dari hiruk pikuk kota, berkunjunglah ke Balung Eco River, Daerah Tawau. Tempat  ini dikelilingi oleh hutan hujan tropika, dan sebaik sahaja anda membuka tingkap penginapan anda akan disuguhkan dengan pemandangan yang sempurna terutamanya apabila anda bangun pagi. Anda juga akan berpeluang untuk mempelajari lebih lanjut mengenai tanaman seperti koko, kelapa sawit, kopi , dan banyak lagi di sekitar resort. -CARI

8

Bagus
10

Marah
9

Terkejut
5

Sedih
11

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 13-2-2019 10:51 AM
Baguslah, ada juga option lain selain Kundasang kan?
Quote nisako 13-2-2019 12:00 PM
wow yg PITAS tu menarik ja...........
Quote Artemesiaa 13-2-2019 12:02 PM
Kurang promosi sebab tu ramai tak tahu adanya tempat2 sebegini
Quote None68 13-2-2019 12:40 PM
Mmg x jemu g Sabah ni dah la awek cun2 dan x sombong.
Quote chicozinn 13-2-2019 03:46 PM
tapi makanan kat sabah meollss xtau nk makan pe..kalu kat sarawak tu senang skit byak makanan sdap2 tapi tu la tempat pelancongan dia jauh2 dr bandar kuching..huhu
Quote Sang_Pencinta 13-2-2019 07:19 PM
Sabah sesuai sangat utk pencinta alam
Quote runiadreamer 15-2-2019 02:10 PM
bestnyaa tapi tak kesampaian lagi huhu
Quote hanisnabila 24-2-2019 03:28 AM
Semua nice view.
Quote korokure 24-2-2019 12:31 PM
wow tak pernah dengar lagi nama2 tempat ni. memang masih banyak nk explore negara kita ni
Quote moonbug 26-2-2019 09:51 PM
Untouched beauty
Quote farah_raja 12-7-2019 08:33 PM
Pulau Sipadan juga di Sabah. Jika anda mahu pergi menyelam, saya cadangkan anda melawat sana
Quote farah_raja 12-7-2019 08:40 PM
Berikut adalah senarai tempat yang baik yang boleh anda pergi ke Malaysia pada hujung minggu
Quote Bungaapi 13-7-2019 08:31 PM
Boleh menyelusuri sungai kinabatangan untuk tgk buaya, pygmy elephant dan monyet hidung merah. Ada chalet2 yang boleh dibooking seperti di nature lodge. Sgt best untuk pencinta alam.
Quote berakit2kehulu 14-7-2019 11:15 AM
Wahh best ni
Quote arnova 17-7-2019 03:08 PM
cantiknyaaaa...
Quote farah_raja 24-7-2019 08:19 PM
Kepulauan Sipadan juga cantik!








Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.187192 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top