CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amar Bahrin Nafi Tumpang Populariti Amyra Rosli

26-7-2018 01:04 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 4731| Komen: 15|Original author: Oleh: Amirah

Tawaran lakonan yang diterima oleh Amar Bahrin bukanlah disebabkan populariti isterinya, Amyra Rosli.

Dia menafikan dakwaan tersebut dan selama ini sebelum kahwin lagi mereka memang berdiri atas nama sendiri dan tidak timbul isu menumpang populariti sesiapa.


"Selepas berkahwin, kami meneruskan karier masing-masing. Cuma apabila ada sokongan daripada isteri dan ada anak (Aqeef Anaqi), populariti semakin kuat dan kukuh.

"Kalau seorang, populariti saya nampak terkontang-kanting begitu saja. Sekarang saya lebih mengutamakan cerita berkenaan keluarga kerana peminat lebih sukakan cara ini.

Foto: IG Amar Bahrin

"Mereka nak tahu pasal keluarga dan tak ambil peduli apa yang saya lakukan secara sendirian," katanya kepada Harian Metro.

Dia amat bersyukur kerana bakatnya masih dipandang dan diterima oleh pelbagai pihak antaranya adalah penerbit Global Station. Dia diberi peluang untuk berlakon dalam drama 100 episod yang berjudul Jodoh Jodoh Anissa.


"Kalis Kasih adalah drama terakhir saya yang ditayangkan di TV3 dan ketika bulan Ramadan, saya dan Amyra sibuk dengan tugas sebagai duta kempen Terima Kasih Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPTN) serta jenama pakaian Primavalet yang menjelajah seluruh negara.

"Kini saya ditawarkan pula berlakon dalam Jodoh Jodoh Anissa. Saya akan masuk ke set penggambaran pada hujung bulan ini.


"Saya diberikan kepercayaan membawa watak utama dan bergandingan dengan Izara Aishah. Cerita ini diadaptasi daripada novel Indonesia," katanya.

"Saya akan terbabit di set penggambaran hingga Mac tahun depan. Ini rezeki anak saya dan sepanjang tahun ini saya akan fokus pada drama ini sahaja serta tugas sebagai duta-duta produk," katanya.

Nama Amyra Rosli memang tengah naik sejak membintangi drama Nur. Moga Amar juga mendapat populariti yang sama untuk drama terbaru nanti. Sama-sama murah rezeki. - CARI
21

Bagus
36

Marah
23

Terkejut
21

Sedih
13

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (131 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fushimi 26-7-2018 01:41 PM
heols ni sekarang macam dah sejuk beku terus

harapkan bini heols je yang makin meletop

Quote AshkieLa 26-7-2018 02:53 PM
sebelum kahwin pun dah berdiri atas nama sendiri?
pusing laa selagi boleh.. sebelum kahwin laa korang berdua banyak drama sesama..
menempel je mcm package.. ade amyra.. ade amar... ade amar.. ade amyra..
skang terus sejuk beku...
amyra pun masih panas sebab citer nur je... itupun netizen takde pun ckp pasal watak dia sgt..
more on watak akak sup bunjut dgn ustaz hamadi selain adik adam tu je...
Quote BoongaKertas 26-7-2018 03:58 PM
meols masuk thread ni cuma nak cakap, amyra lawa lain mcm lepas kawen & ada anak. aura cantik dia mcm makin mencanak2 naik. untung kamu AB oiii
Quote Badigol 26-7-2018 05:13 PM
AshkieLa replied at 26-7-2018 06:53 AM
sebelum kahwin pun dah berdiri atas nama sendiri?
pusing laa selagi boleh.. sebelum kahwin laa kora ...

Aah..perasan juga ni..mmg NUR tu meletop cerita dia..tp org xsebut sgt psl amyra ni..yg dsbut sbut syafiq,ustz hamadi dn khairiah je. pdhl amyra heroin kot dlm cerita ni.mgkin watak dia tu biasa2 je xberi impak sgt..hehe
Quote Orix 26-7-2018 05:31 PM
Badigol replied at 26-7-2018 05:13 PM
Aah..perasan juga ni..mmg NUR tu meletop cerita dia..tp org xsebut sgt psl amyra ni..yg dsbut sbut ...

tak mcm Nur Kasih kan. both watak nur n adam ada impak besar smpai remy n tiz yg mse tu who r yus terusss dikenali. mse tu rmai igt tiz tu betul2 bertudung, sekali wooooohoooowwwwww
Quote Badigol 26-7-2018 05:36 PM
Orix replied at 26-7-2018 09:31 AM
tak mcm Nur Kasih kan. both watak nur n adam ada impak besar smpai remy n tiz yg mse tu who r yus  ...

biasanya kalau drama hero heroin la yg naik nama kan..tp NUR tak..kita tggu pula NUR2 mcm mana..ntah ntah wtk smpingan baru lagi meletop.
Quote mixed 26-7-2018 05:47 PM
AshkieLa replied at 26-7-2018 02:53 PM
sebelum kahwin pun dah berdiri atas nama sendiri?
pusing laa selagi boleh.. sebelum kahwin laa kora ...

before kenal amyra heols kan kapel jap dgn erra pajira
then kapel dgn jering senget
br jumpa amyra berkapel la deols
dlm drama somi ku encik sotong
Quote Badigol 26-7-2018 05:54 PM
mixed replied at 26-7-2018 09:47 AM
before kenal amyra heols kan kapel jap dgn erra pajira
then kapel dgn jering senget
br jumpa am ...

dia pun jenis cinlok juga ke?bkn ke dia xmgaku ke kapel dgn izreen tu?
Quote mixed 26-7-2018 06:05 PM
Badigol replied at 26-7-2018 05:54 PM
dia pun jenis cinlok juga ke?bkn ke dia xmgaku ke kapel dgn izreen tu?

mmg x ngaku la
dulo dgn amyra pn gitu
lama2 br nk ngaku
Quote delia3003 26-7-2018 10:43 PM
Edited by delia3003 at 26-7-2018 10:45 PM
Badigol replied at 26-7-2018 05:36 PM
biasanya kalau drama hero heroin la yg naik nama kan..tp NUR tak..kita tggu pula NUR2 mcm mana..nt ...

confirm ke diorang nak sambung NUR tu, kalau slot samarinda atau akasia, ada ler harapan popular tapi kalau slot pukul 9, silap2 sejuk beku. Tengok aje ler Andainya Takdir 2, sendu je, lagipun dah setahun, hype pun dah hilang

nak buat macam mana, dah amyra lagi popular dari dia dari sebelum kawen hingga ler sebelum kawen. Amyra semakin berseri2 muka lepas dapat anak. Seri ibu muda
Quote AshkieLa 27-7-2018 11:44 AM
Orix replied at 26-7-2018 05:31 PM
tak mcm Nur Kasih kan. both watak nur n adam ada impak besar smpai remy n tiz yg mse tu who r yus  ...

Yes, Nur Kasih.. hero heroin mendatangkan impact besar..
supporting pun sama naik.. si fizz fairuz jadi Aidil.. semua kesian kan dia sbb selalu beralah..
si Ummi Nazeera.. semua nyampah.. Ayu Raudhah yg hujung2 baru ade scene jd bini aidil pun orang ingat...
Quote AshkieLa 27-7-2018 11:52 AM
mixed replied at 26-7-2018 05:47 PM
before kenal amyra heols kan kapel jap dgn erra pajira
then kapel dgn jering senget
br jumpa am ...

a ah yer tak yer.. lupa plak kes dia ngan si senget tu lepas drama KTAR.. selain menempel kat sang ratu mcm si 'embun pun tak mampu' gak.


Quote BoLapciOus 27-7-2018 04:26 PM
ihhh..xminat amor bahrin ni..xtawla ngaperr!!
Quote mieymiey 27-7-2018 04:34 PM
Iols takleh tengok anak diorang ni. Muka Amar sangat
Quote dekmieDandy 27-7-2018 04:46 PM
aku memang xleh lansung dah tengok drama ke telemovie si amar ni berlakon

dahlar watak asik sama je

pastu semua watak muka felling dia paling hensem kaya dan perfect segala

rasa last tgok cerita dengan izreen tu

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.044335 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top