CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jepun Dah Ada Masjid Bergerak, Negara Mana Pula Lepas Ni?

27-7-2018 03:38 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 5759| Komen: 20|Original author: Oleh: Suzy

Ketika Jepun sedang bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020, sebuah syarikat acara sukan dan kebudayaan Tokyo telah mencipta sebuah mobil masjid yang diharapkan dapat membuatkan pengunjung Muslim berasa seperti berada di tempat sendiri.

Yasuharu Inoue, Ketua Pegawai Eksekutif Yasu Project berkata, kekurangan bilangan masjid sebagai persediaan tahun 2020 agak membimbangkan bagi sebuah negara yang menganggap dirinya sebahagian daripada masyarakat antarabangsa. 

Jepun kini memiliki anggaran 100,000 hingga 200,000 umat Islam yang bermastautin di negara itu.


Foto: Facebook Fukuoka Masjid

Inoue berkata, masjid bergerak keluaran syarikatnya mudah dialihkan ke beberapa kawasan terbabit sukan Olimpik bertujuan menyediakan tempat ibadah yang selesa kepada umat Islam sepanjang kejohanan berlangsung.

"Sebagai negara yang terbuka dan mesra, kami ingin berkongsi idea 'omotenashi' (keramahan Jepun) dengan orang Islam," katanya dalam temu bual seperti dipetik daripada Standard, Uk.


Foto: Facebook Fukuoka Masjid

Trak yang tertera tulisan masjid itu asalnya bahagian belakang trak 25 tan yang telah diubahsuai dengan teknologi jepun supaya dapat menggandakan kelebaran trak di mana ruangan solat seluas 48 meter persegi (515 kaki persegi) itu boleh menampung 50 orang.

Pengarah perwakilan sebuah syarikat runcit Osaka, Tatsuya Sakaguchi berharap agar Masjid Bergerak ini dapat membantu orang ramai membuka minda di seluruh dunia.

"Melihat orang Islam berada di masjid, mereka kelihatan sangat gembira," katanya.

Diharapkan dengan keterbukaan Jepun ini menunjukkan bahawa orang Islam turut mempunyai hak untuk melaksanakan ibadat walau di mana sahaja dan dengan pengisian kerohanian itu juga, Islam digambarkan sebagai satu agama yang aman, bukan hanya dikaitkan dengan aktiviti keganasan. - CARI
25

Bagus
22

Marah
17

Terkejut
9

Sedih
18

Lawak
38

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 27-7-2018 03:43 PM
Surau dan masjid kan dah banyak di malaysia.

Anyway surau bergerak ni nampak lebih luas berbanding surau di shopping complex di tanahair.
Quote amon_79 27-7-2018 03:47 PM
actually dah ada ler kat lembah klang neh.. iols pernah jumpa tp xingat katne... slalu kalo ada event2 besar atau festival  yg melibatkan bajet besar
Quote abgsallehsado 27-7-2018 04:03 PM
TUH LA MCM DAH ADA KAT MESIA..tp tak leh recall
Quote saladin780 27-7-2018 04:31 PM
tahniah..
jgn plak pelancong malaysia dtg buat hal gi tido, jemur baju pelbagai kt dalam masjid tu bila ke jepun nanti



Quote grizz 27-7-2018 05:57 PM
ultra78 replied at 27-7-2018 03:43 PM
Surau dan masjid kan dah banyak di malaysia.

Anyway surau bergerak ni nampak lebih luas berbandin ...

bkn je lebih luas lg cantik kot nmpk..

Quote Changa 27-7-2018 06:05 PM
kalau nak solat bila balik bilik jah,
koser nak tunggang tonggek di tempat orang ramai.
solat should be private antara kau dengan elohim jah
Quote susukambingbest 27-7-2018 06:34 PM
Changa replied at 27-7-2018 06:05 PM
kalau nak solat bila balik bilik jah,
koser nak tunggang tonggek di tempat orang ramai.
solat shou ...

abam changa xpegi solat jumaat kah
Quote batmana 27-7-2018 08:31 PM
surau ngn masjid byk kat malaysia

smpai kosong jadinya
Quote GuaDahTua 27-7-2018 08:35 PM
PATUT MALAYSIA DH ADA  SEJAK 70AN...KASIHAN PENIAGA PASAU MLM,DLL YG SUSAH NAK SOLAT .

Quote pearl.silver 28-7-2018 10:49 PM
Malaysia pun adoo dah..
Dia letak kt tempat2 yg ada event kadang2
Quote alesandra 28-7-2018 11:04 PM
bagi negara  bukan islam ...dan aku sebagai org islam  benda ni highly appreciated lah.bukan nak ckp kat malaysia  ada ke tak.sedihnya pemahaman
Quote taikor 29-7-2018 12:21 AM
Payback time: semoga warga Jepun bantah surau bergerak atas sebab perpduan
Quote Al-Patih 29-7-2018 12:03 PM
            hebat betul oreng jepong.....negaro kapiaq....memberi kehormatan kepada oreng berugama Islam....
Quote nfyvirgo 29-7-2018 10:28 PM
Prihatin jugak Jepun pada Muslim
Quote CiliPadiSedap 30-7-2018 01:05 AM
susukambingbest: abam changa xpegi solat jumaat kah

Abg changa solat jumaat guna tikar terbang
Quote CiliPadiSedap 30-7-2018 01:05 AM
amon_79: actually dah ada ler kat lembah klang neh.. iols pernah jumpa tp xingat katne... slalu kalo ada event2 besar atau festival  yg melibatkan bajet besar

Dalam sogo kan sis.
Quote anisanim 5-10-2018 09:18 AM
Luas jugk la surau bergerak ni.. Inisiatif yg baik.. Good job
Quote xtahumenahu 5-10-2018 09:22 AM
rasanya bila ada marathon sume pon mmg ada kan surau bergerak nih?
so xder alasan nak skip subuh

pujian mmg harus diberikan kepada jepun yg sgt menjaga sensitiviti x kira rakyat ataupon pelancong. surau diorg mmg bersih dan terjaga..haishh..semuanya terjagalaahhh
Quote Otaku85 5-10-2018 05:04 PM
Dah lama ada kat Malaysia. Biasanya kat Pasar malam.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.075230 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top