CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Bengang Je Dengan Boyot Ni!" - Netizen Selar Budak 10 Tahun Bawa Kereta Kerana Lapar

30-7-2018 12:16 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 6446| Komen: 15|Original author: Oleh: Ain

Benarlah kata orang, apapun boleh berlaku jika sedang dalam kelaparan.



Menurut Facebook Oh My Media, seorang budak lelaki berusia 10 tahun curi-curi membawa kereta dipercayai untuk membeli makanan.

Malangnya, kenderaan dipandu kanak-kanak itu hilang kawalan hingga menyebabkan dua kenderaan lain terbabit dalam kemalangan itu.







Insiden itu menyebabkan netizen menyelar tindakan budak berkenaan kerana tidak dapat mengawal perasaan hingga melakukan perkara yang memudaratkan diri sendiri dan orang lain.


Budak ni ingat pandu kereta senang macam kereta mainan ke?



Sementara itu, segelintir pihak menyalahkan ibu bapanya kerana tidak menjalankan tanggunjawab dengan baik untuk memantau kebajikan dan pergerakan anak.

"Mana mak bapak budak ni, langsung tiada makanan ke di rumah?" selar netizen.



Bagaimanapun, menerusi ruangan komen dipercayai bapa kanak-kanak itu sudah meninggal dunia dan dia kini tinggal bersama ibunya.



Susulan itu, orang ramai menasihati agar setiap rumah perlu menyediakan bahan yang mudah dimasak bagi mengelak kejadian serupa berlaku lagi.


Download jelah aplikasi penghantaran makanan 



Dalam masa sama, segelintir netizen menyatakan rasa simpati mereka selain menzahirkan sokongan dan kata-kata semangat kepada budak lelaki itu.


Abang faham kau dik

"Jangan main-main dengan geng montel kalau dah lapar.

"Kita semua manusia, bila lapar memang sanggup hidupkan enjin motor untuk pergi beli makanan," kata netizen.

Kredit foto: FB Oh My Media

Pasti ada di kalangan anda yang akan moody sepanjang masa kalau kelaparan, kan? - CARI
30

Bagus
34

Marah
34

Terkejut
23

Sedih
35

Lawak
42

Bosan

Friends Rank (198 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 30-7-2018 12:23 PM
biskut /roti takde?
Quote prettyuglybabe 30-7-2018 12:32 PM
ulu banat sangat ke sampai takde delivery service ke rumah?
or ditinggalkan kat rumah tanpa duit and makan?
or mak jenis anak lapar pandai-pandai la pi cari makan?
Quote paz 30-7-2018 12:34 PM
Kalau lapar minum air dulu dik jika masih lapar minum lagi air dik.

Kalau lapar juga, pi dapo makan oat ke, biskut ke. suruh lah omak kau masak ke.

Makan ikut time dik. Kena disiplin.
Quote Artemesiaa 30-7-2018 02:35 PM
Budak baya cam tu suka explore sebab tu mak pak jangan lupa untuk kena sentiasa pantau aktiviti mereka juga bukan hanya bagi tumpuan yang lebih kepada yang masih bayi je.
Quote nishikido 30-7-2018 03:15 PM
Hakak jotos dahi ko baru tahu dekmokk..kereta kemek yg ko langgar tu bukan singgit dua..kesian sikit dekat mak yg kena tanggung..ayah da takde.tapi budak2 montel ni kalau lapar memang extreme.teringat dulu I ada adik laki montel,sebijik cam dekmokk ni.my mom try catu makanan pastu my brother ngamuk2 nak makanan..siap hentak2 kerusi and nangis kuat2..mesti jiran ingat my mom dera anak.huhu..lama2 my mom biarkan n redho.alih2 makin besar makin melidi..siap ayah nak bawak g hospital sebab kurus terlalu drastik,takut adik main dadah.. rupanya he diet,ptg2 keluar jogging n pergi gym.pompan yg dia suka suh adik kurus baru dia terima jadi bf..last2 bila adik dah kurus dia couple dgan awek lagi cun..hahaha
Quote aleesyasofia 30-7-2018 03:42 PM
iolss kalo lapar xde mknanya nk kuar beli makan.. makan jer la apa yg ada..
Quote saviour_09 30-7-2018 04:30 PM
idgaf la ko lapo ke nafsu gems melantak memang gitu ke apa
aku kesian kan owner kereta 2 bijik lagi tu
tak ke naya orang?
even boleh claim insurance pun
menungguuuu la oi

naya2
Quote Choc-chip 30-7-2018 08:37 PM
Berani betul budak ni drive... bahaya tau tak dik... budak ni tak tau call delivery ke... patut maknya bagi number delivery ataupun beli stok makanan lebih sikit...
Quote RatuDunia94 30-7-2018 10:00 PM
Ni la akibatnya bila dahulukan perut sebelum otak.
Quote nobrightside 30-7-2018 10:44 PM
Lapar betul ko ye dik?  
Quote precious_chicas 31-7-2018 03:50 AM
pesallah dik ko tak kejut je mak tu minta makan. aduhaiii.
Quote CrowneGlory 31-7-2018 09:55 AM
alasan je lapar nk simpati padahal menggeletis nk bawak kereta...
Quote annehuda 31-7-2018 11:35 AM
kesian la budak tu. umur baru 10thn kot. byk benda die tak paham lg. nk suruh die pakai apps pun, reti ke budak 10thn pakai apps. ntah2 mak die jenis tak belikan die smartphone ke. len la kalau sekolah menengah takde lesen.

Quote amukgemuk 31-7-2018 12:20 PM
Edited by amukgemuk at 31-7-2018 12:27 PM

TAK ADA PUNCA NYA LAPAR, TERUS DRIVE KERETA...


DIA NAK EXPLORE BENDA BARU JE TU....
macam la tak biasa jadi budak-budak.........
... ada main api, buat mercun bom, seksa haiwan, mengorat, pomen motor, main muzik etc
hack system pun ada...bo
dalam kes ni, dia nak pandu kereta.kalau berjaya drive, ronda seround dua, nampak member, hon hon sket...
kalau tak nampak pun boleh cerita kat sekolah.
........tapi kalau eksiden, bergantung jenis eksiden.... jadi topik perbualan lah.


Eh, sorry ter capslock.

Quote niena90 31-7-2018 03:52 PM
Budak 10 thn dah berani bawak kete? Aku 10 thn gigih menghafal steps lagu Spice Girls. Dahsyat ini budak lapar punya hal!! Tapi padahal ko boleh je tepon mcd ke dominos ke kan?! Sendiri cari masalah dikk

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.054181 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top