CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Haqiem Rusli Acah Tunjuk Resit Gucci Palsu? Panas Berhujah Dengan Admin IG Ini

1-8-2018 11:24 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 22465| Komen: 108|Original author: Oleh: Azza




Ramai artis dan 'insta famous' tidak senang duduk apabila sebuah Instagram, Streetwearbustmy membongkar penipuan barangan asli yang dipakai oleh golongan ini.

Ya, ramai yang sudah terkena dengan IG ini seperti Emma Maembong, Aiman Tino, Syamel dan artis lain yang gambar mereka memakai barangan tiruan ini dipaparkan di IG tersebut hingga menjatuhkan reputasi masing-masing.

Terbaharu, Haqiem Rusli didakwa memakai beg tiruan Gucci. Berbeza dengan artis lain yang tidak mempedulikan IG tersebut, Haqiem rajin pula berbalas hujah dengan puak yang dikatakan pakar ini.

Kredit foto: IG

Setelah dicabar, Haqiem membalas pertanyaan daripada IG ini, malah mendakwa Streetwear ini sebagai budak Wechat.

Kredit foto: IG Streetwearbustmy

Mungkin tidak mahu memanjangkan perbualan ini, Haqiem terus 'block' IG Streetwear ini. Masalah berlanjutan apabila wujud perbalahan di ruangan komen antara peminat HR dengan mereka yang memperjuangkan anti barang tiruan.

Peminat HR yang menngunakan nama kelab peminat Qiemilio menganggap tiada apa yang perlu dibuktikan oleh HR. Malah mengutuk keras perbuatan IG tersebut yang langsung tidak mendatangkan sebarang faedah pun.




Antara artis yang didakwa memakai barangan palsu. Kredit foto: IG

Namun begitu, lebih ramai yang menyokong apa yang dilakukan oleh IG ini kerana ia mendidik ramai pengguna tentang kesalahan membeli barangan tiruan ini.


Kredit foto: IG Haqiem

Nampaknya setelah penutupan akaun IG yang pertama, mereka lebih mengganas menyelongkar barangan kedua-dua golongan ini (artis dan 'insta famous') bagi memberi kesedaran kepada pengguna.

Ada bagusnya juga kerana mungkin ramai tidak menyedari kesalahan menggunakan barangan tiruan sebenarnya menyalahi akta hakcipta. Dalam isu Haqiem Rusli, mungkin dia mempunyai alasan sendiri untuk tidak menunjukkan resit. Atau HR boleh lakukan seperti artis lain, membiarkan gossip ini seperti angin lalu. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. - CARI 
14

Bagus
27

Marah
22

Terkejut
21

Sedih
19

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (131 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wordlife 1-8-2018 11:33 AM
silap besar la Streetwear tu carik pasal dgn Haqiem Depression ni

dia mmg sejenis yang gegeh berlawan lawan reply di socmeds yach
jangan la usik heols, kesian heols dh la ada depression M.I.L.D kot

nanti jd S.E.V.E.R.E cmne
Quote jin_lampu 1-8-2018 11:37 AM
haqiem ni kenapa lah dok balas2..takleh kena kecam ke mamat ni..tu kang depress lagi
Quote pumpkinpatch 1-8-2018 11:43 AM
Bukan nak back-up artis or anyone. Aku pun mmg tak minat fake ni. Tapi giler lah nak accuse orang acah show receipt palsu pulak bila da buktikan.

Padahal, kalau aku kena tuduh pun aku takde nya nak show receipt, becasue it is none of their eff business.
He was kind enough and show receipt. Ker streetwear tak pandai baca receipt or never even step into GUCCI, LV store tengok receipt dia yg bentuk original.

Yang Fans pulak, bagi artis artis present pun bukan lah original, but i believe artis pun like nak show appreciation atas pemberian tu.

but betul lah , Haqiem just patutnya ignore tak yah berbalas. Dah macam sama nampak low level nya ngan orang yg tuduh dia tu. Berani kerana benar.
Quote haliamerah 1-8-2018 11:54 AM
nak pakai brg fake tu lantak korg la..tp knp si qiqi ni

gigih nak layan dm admin tu..xmcm org depression pun...duk ejek mengejek kiddo la..loner la.. aiyo..budak sangatttt...
Quote fara7351 1-8-2018 11:58 AM
Anju menghanak ikan kn dik qq.. kikiki

IMG-20180731-WA0015.jpg
Quote masdiana-ana 1-8-2018 11:59 AM
artis lain rileks jer kena buster dik..aiman tino ara johari dik mail zani syamel janna nick  tak ada pun balas2 reply mcm qiem2 propa nie.ignore dahlah weii..lagi balas lagi jadi isu
Quote masdiana-ana 1-8-2018 12:01 PM
qiem qiem propa nie memang tak boleh kena kecam ye..sibuk nak berdm2 org..tak matang langsung
Quote laksmanabentan 1-8-2018 12:02 PM
hahaha... qiqi.... lawak betul ko sampai sanggup ler DM melayan admin tuh....
hahaha.... depress sgt ya dekk...
Quote Budakmomok 1-8-2018 12:09 PM
dik haqiem nnt ko depress camno?
Quote kucingitam 1-8-2018 12:12 PM
kesian ko dek..
Quote EvieWanKenobi 1-8-2018 12:13 PM
message HR tu budak2 sangat..
Quote joy_ah 1-8-2018 12:13 PM
Yang si streetwear ni macam haram..justification kenapa benda tu fake pun takde. Terus cop fake.
Quote MadameOnion 1-8-2018 12:14 PM
aduhhh yg pi petik budak cengeng dah kenapa? esok lusa banyak la thread pasai depression lagi..letih la nak bukak satu2
Quote Orix 1-8-2018 12:22 PM
Yiihhh dek qieqie propaaaa
Quote krustykrab 1-8-2018 12:47 PM
budak yg perasan buat ig tu acah2 pandai ke....ko dah kecam org kata brg dia palsu pastu ko mintak resit...apa ke bodoh

maknanya ko sendiri pun tak sure la brg diorg tu palsu ke ori ke....
Quote Aquarius9283 1-8-2018 12:53 PM
Dah ilang da acc ig tu huhu
Quote masdiana-ana 1-8-2018 12:57 PM
Aquarius9283 replied at 1-8-2018 12:53 PM
Dah ilang da acc ig tu huhu

yg hilang tue acc pertama ..acc kedua dia ada jer..
Quote mieymiey 1-8-2018 01:03 PM
Ya ampun Qieqie, chuols ni memalukan iols hokeyyyy??
Quote matkpop 1-8-2018 01:04 PM
makin bertingkek2 depress dak qiem ni nanti

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.056500 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top