Atlet bola keranjang dunia LeBron James yang telah memenangi pelbagai anugerah termasuk beberapa trofi NBA, MPV dan juga pingat emas Olimpik menggemparkan dunia apabila mengumumkan perpindahannya dari kelab Cleveland ke LA Lakers dengan yuran sebanyak USD154 juta (RM626 juta), bulan lalu.
Pasti anda tertanya-tanya apakah yang dilakukan bintang kelahiran Akron, Ohio ini dengan duit sebanyak itu. Persoalan itu terjawab apabila hari ini, Lebron mengumumkan pembukaan sekolah miliknya, I Promise School di daerah kelahirannya sendiri khas untuk kanak-kanak yang tidak berkemampuan.
Uniknya, sekolah ini menjanjikan pendidikan, uniform, makanan, pengangkutan dan basikal percuma kepada semua anak muridnya. Selain itu, sekolah ini juga memberikan biasiswa kepada semua pelajarnya yang berjaya menyambung pelajaran ke Universiti Akron. Bagi keluarga yang tidak berkemampuan, sekolah LeBron berjanji akan memberikan bantuan mencari peluang pekerjaan untuk ibu bapa pelajar. "Ia sangat bermakna buat saya. Saya rasakan inilah pencapaian terbesar kerana ia bukan milik saya seorang, tetapi semua pasukan, organisasi dan pihak perbandaran yang menyokong saya," katanya kepada AP. LeBron mengimbau suka-duka zaman kanak-kanak bersama ibunya di mana hidup mereka sangat susah ketika itu dan terpaksa berpindah randah akibat kemiskinan. Hanya belas ehsan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang mengubah nasib LeBron sehingga berjaya kini. Kini, LeBron bertekad untuk membalas jasa semua pihak dengan membuka sekolah percuma ini khas untuk kanak-kanak yang senasib dengannya dahulu. Syabas, LeBron! Kejayaan dan kesenangan dikongsi dengan semua orang, bukan semua orang mampu melakukannya. - CARI
|
26
Bagus |
40
Marah |
17
Terkejut |
22
Sedih |
30
Lawak |
40
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chazey: Jangan jadi pusat memedo, udah
chazey replied at 8-8-2018 03:36 PM
Jangan jadi pusat memedo, udah
ADVERTISEMENT