Pricilla Ono ialah salah seorang jurusolek selebriti Hollywood yang sangat laris. Antara pelanggannya termasuk artis kelas A seperti Rihanna, Kelly Rowland, Paris Hilton dan Amber Rose. Kerana bakatnya yang besar, Rihanna telah melantik Pricilla menjadi jurusolek bagi rangkaian kosmetiknya, Fenty Beauty. Pricilla juga bertanggungjawab memantau kesemua acara yang membabitkan kosmetik Rihanna di seluruh dunia. Ini adalah salah satu sebab kenapa hidup Pricilla banyak melakukan penerbangan dengan bagasi kosmetiknya. Bagaimanapun, penerbangan kelmarin bagaikan mimpi ngeri bagi Pricilla apabila bagasinya yang mengandungi kesemua peralatan dan alat solek telah hilang dalam salah satu penerbangan KLM. Dalam keadaan panik, Pricilla membuat laporan dan beberapa panggilan susulan. Malangnya, sehingga masa suntuk bagi acara penting itu untuk bermula, bagasinya masih belum ditemui dan tiada sebarang maklum balas daripada pihak penerbangan KLM. Pricilla, kemudian memuat naik satu status di Instagramnya meminta bantuan rakan-rakan jurusolek untuk menghubungi sebarang kenalan di KLM bagi mendapatkan bantuan segera.
|
38
Bagus |
38
Marah |
52
Terkejut |
42
Sedih |
44
Lawak |
41
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Sandal replied at 8-8-2018 06:38 AM
macam dato telajak laris
LostStar replied at 8-8-2018 01:47 AM
haritu beg ac mizal rosak.. tadak sapa heran.. kikikiiii
ADVERTISEMENT