CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Panduan Tempat Makan Halal Di Singapura: 5 Kafe Baru Anda Perlu Singgah!

6-8-2018 02:07 PM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 2279| Komen: 0|Original author: Oleh: Diba S.

Mahu ke Singapura dan nak tahu tempat makan halal di sana? Senarai di bawah merupakan gabungan tempat makan yang menghidangan makanan Jepun, Korea, makanan tempatan dan lain-lain yang pastinya halal dan enak!   


Pencuci mulut pun ada. Jom tinjau!

1. Hararu Izakaya

Foto:Facebook
Haruru Izakaya menawarkan rasa asli hidangan Jepun yang disahkan halal. Bayangkan onigiri, sup miso dan lain-lain makanan Jepun dalam tekak anda. 

Ia juga menawarkan wain tanpa alkohol bagi mereka yang ingin mencubanya.
 
Harga: Kira-kira RM60 seorang.

Alamat: 16 Bussorah Street, Singapore 199437


Waktu Operasi: Setiap hari dari pukul 12pm hingga 2.30pm (makan tengah hari), 5pm hingga 11pm (makan malam). Ditutup pada hari Isnin. 

2. Dim Sum Place

Foto:Facebook
Memulakan perniagaan pada Februari 2017 dan mendapat pensijilan Halal pada bulan April, Dim Sum Place menawarkan beraneka Dim Sum dengan sentuhan tempatan. Anda boleh cuba kek lobak klasik ($ 2.90 / 3 keping), tart telur (RM12 / 3 keping), Siew Mai daging ayam RM 12 untuk 3 keping dan banyak lagi. 

Siapa yang suka Dim Sum bolehlah datang ke sini! 

Harga: Lebih kurang RM40 seorang

Alamat: 791 North Bridge Road, Singapore 198759

Waktu Operasi: Isnin – Khamis, Ahad: 11am – 2.30pm, 5.30pm – 11pm. Jumaat & Sabtu: 11am – 2.30pm, 5.30pm – 5am.


3. Swissbake

Foto:Facebook
Jenama ini agak terkenal di Singapura, pastri-pastri dari Eropah yang lazat dan berkhasiat boleh didapati di sini.  Mendapat pensijilan Halal baru-baru ini, jenama-jenama dan semua anak syarikatnya serperti Commons, Kraftwich oleh Swissbake, PastaMania, dan Butchery ZAC - kini mesra-Muslim!
 
Harga: Kira-kira RM 30 seorang

Alamat: Marina Bay Link Mall, 8A Marina Boulevard B2-47

Waktu Operasi: Hari Biasa: 7.30am – 10pm. Hari minggu & cuti umum: 9.00am – 4.00pm


4. Ridhuan’s Muslim Delights

Foto:Facebook
Pemilik restoran ini bernama Muhammad Ridhuan Kho, adalah Alex Kho hanya beberapa tahun yang lalu. Beliau telah memeluk Islam untuk menikahi wanita impiannya. 

Terletak di kawasan perindustrian Tuas, Ridhuan mencipta semula hidangan tradisional Cina seperti Hor Fun (RM12), Nasi Daging Cili (RM13.50), dan Nasi Ayam Panggang (RM13.50), sesuai dengan selera Islam. Walaupun ia tidak terletak di kawasan-kawasan pelancongan yang biasa di Singapura, ia adalah tempat yang bagus dan berbaloi jika anda mahukan masakan Cina yang lazat dan unik dengan sentuhan halal.

Harga: Kira-kira RM 14 seorang

Alamat: 25 Benoi Road, Singapore 629914

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat : 10.30am – 06.30pm (ditutup pada pukul 1 – 2pm untuk solat Jumaat) Sabtu: 9.30am – 2.00pm


5.  The Halia (Singapore Botanic Gardens)

Foto:Facebook
Terletak di tengah-tengah Ginger Garden, ia telah dianugerahkan pensijilan halal baru-baru ini. Dengan itu menunya telah diubahsuai dan terdapat juga menu baru yang ditampilkan. 

Antara menu wajib cuba ialah Cauliflower dan Shallot Bake (RM 72) dan tak lupa juga Spageti Ketam Cili (RM 78) 

Harga: Kira-kira RM 90 seorang 

Alamat: 1 Cluny Road, Ginger Garden, Singapore 259569

Waktu Operasi: Isnin – Khamis: 12pm-9.30pm, Jumaat12pm-10pm, Sabtu 10am-10pm, Ahad & Cuti Umum 10am-9.30pm. 

Tunggu apa lagi? Datanglah makan tanpa was-was! - CARI 
18

Bagus
26

Marah
21

Terkejut
12

Sedih
14

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.059972 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top