Bagi peminat program I Can See Your Voice Korea, pastinya sudah bergembira menonton francais bahasa Melayu, I Can See Your Voice Malaysia yang dihoskan oleh Shuk dan Alvin Chong sabtu lepas. Cakra Khan menjadi penyanyi pertama dengan panel penyiasat tetap iaitu Jehan Muse, Mark Adam dan Hafiz Hatim. Manakala penyiasat jemputan pula ialah Naz dan Haqiem Rusli. Program berlangsung lancar hinggalah peserta yang dikenali Hot Man Kitchen membuat persembahan dengan menyanyikan lagu Tergantung Sepi di pusingan penentuan. Setelah menyedari Hot Man Kitchen adalah penyamar bukannya penyanyi sebenar, nyanyiannya yang sumbang membuatkan Haqiem naik ke pentas lalu menyambung lagu tersebut. Ia membuatkan ramai penonton tidak berpuas hati.
Tahulah suara sedap, tapi rampas mike tu kan biadab namanya! Bagaimanapun, ada yang mendakwa insiden itu sudah dirancang bagi memeriahkan program tersebut. Betul ke? Bawa bertenang semua, mungkin juga ini strategi daripada stesen televisyen untuk menaikkan lagi rating program ini. Ya, dengan segala kekecohan yang pernah berlaku sebelum ini, Haqiem Rusli nampaknya mendapat perhatian yang begitu hebat daripada netizen. Biar pun telah meminta maaf kerana kesilapannya, namun jika asyik tersalah laku, lebih-lebih lagi boleh ditonton di kaca televisyen, pastinya menuntut penjelasan yang lebih, bukan sekadar permohonan maaf semata-mata. Namun, dari sudut positifnya, teguran adalah tanda sayang. Haqiem boleh bermuhasabah dan cuba untuk meletakkan dirinya lebih matang dari sebelumnya. - CARI |
14
Bagus |
16
Marah |
8
Terkejut |
15
Sedih |
15
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Zaien replied at 6-8-2018 12:13 PM
POYO sgt... mcm dh pro sgt dalam nyanyian..
cakra khan.. mark adam relax jek xde mcm dia mngelabah ...
Orix replied at 6-8-2018 12:15 PM
Heshe baru 20 tahun yach katanya
ADVERTISEMENT