Program realiti keluarga selebriti Keeping Up With the Kardashians membuat ramai peminat teruja dan tertunggu-tunggu 'drama' apa yang bakal dipertontonkan kepada mereka.
Terbaru, pertengkaran di antara Kim Kardashian West, 37, Kourtney Kardashian, 39, dan Khloé Kardashian, 34, bersambung ke laman Twitter. Memetik People, perselisihan itu tercetus selepas Kim menuduh Kourtney mementingkan diri kerana enggan menyesuaikan jadualnya untuk sesi bergambar bersama keluarga sempena Krismas yang dirancang Kim.
Menurut Kourtnet, dia mahu meluangkan masa bersama anak-anaknya, Mason, 8, Penelope, 6, dan Reign, 3, berbanding menghabiskan masa untuk sesi penggambaran itu bersama adiknya yang menjengkelkan. Agak hangat perang mulut di antara mereka hingga Kim 'menghalau' Kourtney keluar dari rumah. Kourtney kemudian memuat naik kicauan di Twitter memberitahu pengikutnya bahawa dia sendiri berasa bimbang dan takut dengan perselisihan di antara mereka. Posting berkenaan menarik perhatian Kim yang kemudian menempelaknya. "Penggambaran itu membabitkan anak-anak kita! Keutamaan nombor satu saya adalah menjadi seorang ibu yang baik. Kalau saya boleh buat kerja dalam masa sama, kenapa tidak kamu?" selar Kim. Mereka terus mempertahankan diri masing-masing hinggalah Khloe turut terheret sama dalam 'perang' dua beradik itu. Khloe memuat naik kicauan dengan menulis dia hanya mahukan adik-beradiknya berdamai, namun dibidas Kourtney. Berang dengan kenyataan Kourtney itu, Khloe menyerang balik dengan meminta mereka tidak membabitkannya dengan perseteruan mereka. Pertengkaran mereka menarik perhatian warga Twitter, namun Kim meyakinkan orang ramai bahawa hubungan mereka adik-beradik baik-baik saja. Betulkan mereka bertengkar atau ia hanya gimik semata-mata untuk meraih perhatian penonton? - CARI
|
37
Bagus |
41
Marah |
34
Terkejut |
32
Sedih |
25
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT