Dakwaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung ketua pembangkang Datuk Seri Zahid Hamidi yang memiliki aset tunai berjumlah RM230 juta adalah tidak benar.
Memetik BH Online, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong di Dewan Rakyat semalam menjelaskan dakwaan itu sebagai tiada bukti. Ekoran itu, Presiden UMNO berkenaan meyifatkan hanya orang yang berfikiran kotor saja akan percaya beliau memiliki aset bernilai RM230 juta dalam akaun banknya pada 1996. “Saya harap bukan hanya kalangan Ahli Parlimen tetapi juga netizen harus faham tuduhan liar itu perlu ditolak kerana Parlimen sudah menjawab secara bertulis semalam,” katanya.
Walaupun jawapan bertulis itu mendakwa tiada bukti mendapati Zahid memiliki aset RM230 juta, Keong berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetap akan membuat siasatan jika ada maklumat dan bukti. Tahun lalu, Dr Mahathir mendakwa Zahid pernah menerima wang berkenaan dalam akaunnya pada 1996, namun mengakui beliau tiada bukti kukuh berhubung dakwaannya. Zahid yang hanya Ahli Parlimen biasa dan Ketua Pemuda UMNO tanpa jawatan dalam pentadbiran kerajaan pada 1996 berkata, beliau ketika itu terbabit dalam pengendalian empat syarikat yang tersenarai dan menjadi pemegang saham minoriti di syarikat berkenaan. “Saya juga menjadi Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat itu dan pengerusi serta pengerusi eksekutif beberapa syarikat lain. “Sudah tentu aset itu dalam bentuk saham dan saham itu tidak diperoleh secara percuma kerana ia membabitkan pinjaman,” katanya. - CARI
|
23
Bagus |
22
Marah |
12
Terkejut |
21
Sedih |
6
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT