CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

UMNO Tak Boleh Buang Masa Pertahan Najib - Zahid Harap Najib Tak Terasa Dengan Annuar Musa

9-8-2018 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6788| Komen: 47

“Kami perlu teruskan perjalanan ini. Kami tidak akan tunggu.
Kami tidak akan bazirkan masa mempertahankan Najib."


Tan Sri Annuar Musa berkata demikian ketika mengulas mengenai mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini berdepan tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Memetik MalaysiaKini, Setiausaha Agung Umno itu turut menyifatkan Najib sebagai 'beban'.

“Kami dalam Umno tidak boleh bawa beban ini selamanya. Perlu diputuskan. Jika ini semua tanggungjawab beliau (Najib)," katanya seperti dipetik The Malaysian Insight.

Tambah Ahli Parlimen Ketereh itu lagi, Najib kini hanya ahli parti, bukan lagi Perdana Menteri mahupun presiden parti. Jadi, tiada kepentingan bagi parti untuk menyokongnya lagi.

"Parti lebih penting berbanding mana-mana individu. Kami tidak akan tunggu Najib selesaikan kesnya di mahkamah,” katanya.




Sementara itu, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Najib tidak 'makan hati' dengan kenyataan Annuar Musa.

“Saya harap Najib tak tersentak hati atau terasa hati dengan pendapat-pendapat yang sedemikian.

“Saya juga tidak mengharapkan minda dan perasaannya terganggu dengan komen yang sedemikian serta lalui proses perundangan yang sedang dijalankan ini dengan penuh ketenangan dan ketabahan,” katanya. - CARI
16

Bagus
15

Marah
23

Terkejut
10

Sedih
34

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 9-8-2018 01:13 PM
Amboiii...lawan toke nampak
Quote Matpon 9-8-2018 01:21 PM
kesian..tapi apa boleh buat beliau bukan PM sekarang
Quote apalancut 9-8-2018 01:22 PM
sesi baru nak meludah najib ke? sebelom2 ni jilat khennn! kami mohon nuar muso pon disiasat.. jgn sibuk highlight najib je.. diri sendiri pon banyak makan wang
Quote dodifarid 9-8-2018 01:23 PM
Kali ni nuar musa bagi pendapat yg bernas...harap cacai forum cari boleh ikut saranan dia
Quote PEPPERMAN 9-8-2018 01:24 PM
Tanpa Najib dan Rosmah, siapalah UMNO.
Dan mungkin itulah punca kenapa Zahid menang Presiden UMNO tempohari, sebab nak reservekan kerusi Presiden untuk pasangan ini.
Quote JohnnySins 9-8-2018 01:26 PM
bukan si annuar musa ni ada kes pasal duit MARA ke itu hari.....ke aku ketinggalan apa2...wakakakakkakaka
Quote lil_bratz 9-8-2018 01:45 PM
Alahai sekarang baru sedar ke.. kalau bn menang haritu mau sampai masuk kubur main angguk2 aja kan
Quote zulka 9-8-2018 02:13 PM
1st time dia bagi kenyataan yg bernas
Quote watie79 9-8-2018 02:16 PM
hmmm..org kedua yg cerdik sikit selepas KJ..
Quote foxs 9-8-2018 02:28 PM
Laaaaaa...lepas hutang felda terdedah baru nak konar ke? So skang suruh umno selamatkan ko pulok ke?
Ini org sama mcm ular
Quote fushimi 9-8-2018 02:28 PM
dulu ko jilat najib

sekarang ko cerca bang jib

nanti kak mah gulai ko baru tau cerca laki sheols
Quote dizekni 9-8-2018 02:40 PM
Pertahan perkara yang diyakini benar
perlukan banyak pengorbanan terutamanya
masa

melawan kebathilan dan fitnah bukan
perkara kecil dan mudah
Quote EJALTI 9-8-2018 02:42 PM
Zahid harap Najib tak terasa hati dianggap beban

https://www.malaysiakini.com/news/438118

Shakira Buang  |  Diterbitkan 9 Ogs 2018, 1:04 petang  |  Dikemaskini 9 Ogs 2018, 1:18 petang

[youtube]B4ME-Fas41U[/youtube]



Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar  Datuk Seri Najib Razak tidak terasa hati dengan kenyataan pemimpin Umno yang menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai "beban".

Zahid juga menasihatkan agar bekas perdana menteri itu tidak terganggu dengan komen seperti itu.

“Saya harap Najib tak tersentak hati atau terasa hati dengan pendapat-pendapat yang sedemikian.

“Saya juga tidak mengharapkan minda dan perasaannya terganggu dengan komen yang sedemikian serta lalui proses perundangan yang sedang dijalankan ini dengan penuh ketenangan dan ketabahan,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen, hari ini.

Zahid berkata demikian ketika ditanya sama ada wujud kemungkinan pihaknya akan mengenakan tindakan kepada beberapa pemimpin Umno yang dilihat tidak senang dengan pendekatan mempertahankan bekas perdana menteri itu.

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa  berkata parti itu tidak boleh lagi membuang masa mempertahankan Najib.

Beliau juga menyifatkan bekas presiden Umno itu - yang kini berdepan tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram - sebagai "beban" yang tidak lagi boleh dipikul Umno.

Semalam, Ketua Umno Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani pula mempersoalkan keputusan parti menurunkan Najib ke Sungai Kandis untuk berkempen dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.

Johari berkata Umno mungkin perlu merehatkan Najib pada pilihan raya kecil seterusnya memandangkananggota parlimen Pekan itu berdepan perbicaraan mahkamah.
Quote mjla 9-8-2018 02:45 PM
Apa plak plan cacai Tobby nak back up Bijan
Kawan sama melabun reta rakyat pun sanggup buang bijan
Quote dodolgemokgila 9-8-2018 03:27 PM
Cacai dan lobai jah masih gigih menjilat jubo najib.
Quote jcopy 9-8-2018 03:31 PM
sebab najib difitnah la makin hari makin ramai yg support umno

ramai je ahli pkr, ppbm, pan support umno sekarang

lagi2 PH tak perform

Quote summerguy 9-8-2018 03:31 PM
dodolgemokgila replied at 9-8-2018 03:27 PM
Cacai dan lobai jah masih gigih menjilat jubo najib.

Hahahahaha....
Sedap sgt2 jubo laki bini tu agaknya...


Quote sub5zero 9-8-2018 03:35 PM
Annuaq musa skg dh ada power besar, dia blh je terminate keahlian jibbun mcm Denan mansor tendang ahli umno yg saman umno sbb x buat pemilihan. Bila lg nk gila kuasa?
Quote dodolgemokgila 9-8-2018 03:48 PM
Wak jahid pornorogol pon cakap najib beban. Cacai dan lobai jah yg gigih jilat jubo najib @tobby @jcopy @badaksumbu @dizekni @namirulmukminin @akusukaq @kemaruk @dinopower2 @zorrro_03

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.248289 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top