Terletak hanya kira-kira 2 hingga 3 jam pemanduan dari Kuala Lumpur, Ipoh sungguh mudah diakses. Kami yakin anda pasti sudah banyak kali ke Ipoh. Namun ada banyak tarikan baru atau mungkin yang belum sempat anda lawati. Jom kenali dan terokai tarikan-tarikan tersebut di Ipoh, Perak Darul Rizuan: Han Chin Pet Soo Han Chin Pet Soo ialah tarikan terbaru bandar Ipoh. Ia merupakan sebuah muzium yang yang menarik di bangunan Club Hakka Miners yang telah direnovasi.
Ia memberikan gambaran zaman gelap kelab itu yang dipenuhi kegiatan pelacuran, perjudian dan juga dadah yang berlangsung di belakang kelab elegan tersebut. Pameran muzium turut menceritakan kisah orang Hakka dan memberi penjelasan mengenai industri perlombongan timah. Ho Yan Hor Ketahui proses penciptaan yang rumit dari salah satu jenama herba Cina yang paling popular di Muzium Ho Yan Hor. Anda boleh merasa tiga teh herba percuma yang ditawarkan selepas anda menamatkan sesi lawatan di muzium ini. Yuran masuk yang kecil dikenakan untuk melawat muzium ini. Tenggelam dalam aroma teh yang segar lagi menyihatkan di Muzium Ho Yan Hor! Concubine Lane Concubine Lane adalah lorong kecil yang terletak di Jalan Bandar Timah di Ipoh. Concubine Lane adalah laluan sempit dan tidak rata di Old Town Ipoh dipercayai telah ditubuhkan pada tahun 1908. Concubine Lane menjadi kawasan perumahan ramai pegawai Cina yang kaya dan pegawai-pegawai British menyimpan gundik mereka di sana. Selain itu, kawasan ini juga terkenal dengan perjudian, candu dan pelacur. Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kesemua pegawai British pergi ke negara mereka dan meninggalkan banyak bangunan bersejarah dan struktur kolonial. Lorong Concubine kini dipelihara dan dipulihkan dan terdapat banyak kedai-kedai makanan dan kedai jualan barangan. Yasmin Ahmad Koh Heng Yasmin Ahmad adalah seorang pengarah filem dan iklan dan terkenal dengan iklan komersialnya yang bertajuk 'Tan Hong Ming In Love'. Sebagai sebuah peringatan dan kehormatan kepadanya, terdapat sebuah muzium bernama 'Yasmin At Kong Heng', yang terletak di Ipoh, Perak. Ia didedikasikan kepadanya dan diasaskan oleh ibu dan kakak perempuan Yasmin. Muzium ini memaparkan fotografi, filemografi, serta ciptaan Yasmin bertujuan untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk menulis skrip filem atau komersial mereka sendiri. Pasar Loken Pasar Karat Loken beroperasi hanya pada hari Ahad bermula seawal jam 6.30 pagi dan ditutup pada pukul 1.00 petang. Kawasan pasar ini kira-kira 2 kilometer panjang dan lebar. Sekiranya anda melawat Ipoh, jangan lepaskan peluang untuk berjalan-jalan di Pasar Loken. Pasar Loken adalah pasaran terbuka yang menjual semua jenis barang, terutama barang lama dan antik. Anda mesti tak sabar nak kembali melawat Ipoh kan? Jom sama-sama ke Ipoh! -CARI
|
13
Bagus |
37
Marah |
21
Terkejut |
15
Sedih |
13
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CardiGans85 replied at 10-8-2018 11:29 AM
Kat ipoh apa makanan yang best selain nasi ganja?
And, new hollywood tempat breakfast best tak?
pittjie: aku suka breakfast kat new hollywood tu. chi chon fun dia sedap. char kue teow pun sedap.
pittjie replied at 10-8-2018 03:30 PM
aku suka breakfast kat new hollywood tu. chi chon fun dia sedap. char kue teow pun sedap.
ADVERTISEMENT