Isu penderaan di pusat pengasuhan sering kedengaran sejak kebelakangan ini. Walaupun pelbagai usaha diambil pihak berkuasa, namun ianya masih berlarutan.
Memetik laporan Harian Metro, terdapat seorang bayi lelaki berusia tiga bulan patah tangan kanan dipercayai didera ketika di bawah penjagaan pengasuhnya di Seksyen 2 , Seri Iskandar. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan laporan polis telah dibuat oleh bapa mangsa selepas menyedari kesan kecederaan itu ketika mangsa diambil dari rumah pengasuhnya. "Mangsa dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung dan pemeriksaan menemukan terdapat kesan dipulas yang dipercayai didera sehingga menyebabkan tangan mangsa patah tulang."
"Ekoran daripada laporan itu, polis telah menahan pengasuh yang berusia 46 tahun itu semalam untuk siasatan lanjut." Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.- CARI |
14
Bagus |
41
Marah |
21
Terkejut |
28
Sedih |
24
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
fushimi replied at 10-8-2018 10:21 AM
iols rasa mesti pengasuh tersalah angkat atau pegang baby
sebab tu tangan baby tu terpulas
ADVERTISEMENT