CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Slender Man: Sekadar Mitos Seram Atau Benar-Benar Wujud?

14-8-2018 02:36 PM| Diterbitkan: Ferr_Remy| Dilihat: 8360| Komen: 27|Original author: Oleh: FerrRemy

Kisah benar di sebalik mitos dongeng yang bertebaran di alam nyata.

Sumber foto : Flickr

Sejauh mana kebenaran tentang kewujudan Slender Man? 

Jika anda tertanya-tanya mengenai asal usul Slender Man, anda akan dibanjiri dengan pelbagai cerita menyeramkan yang sangat terperinci - tetapi penuh dengan mitos. Dari Jerman sehinggalah ke Mesir, dia dilaporkan berada di mana-mana.

Kebenaran mengenai kewujudan asalnya jauh lebih mudah. Slender Man berasal dari forum Something Awful, sebuah laman web di mana penggunanya bebas membincangkan mengenai pelbagai perkara sama ada ianya pelik atau berbaur lucah. Malah mereka gemar menghantar pelbagai foto seram dan aneh.

Pada 8 Jun 2009, seorang lelaki berasal dari Florida yang dikenali sebagai Eric Knudsen memuat turun dua foto di bawah menggunakan nama timangan Victor Surge di laman forum tersebut.


Sumber foto: Enterprise News & Pictures

Beliau memuat turun foto tersebut di salah satu ruangan di laman forum itu yang mencabar para pengunjung untuk mencipta sebuah makhluk mitologi yang terbaik, original dan kelihatan sahih. Knudsen menghantar dua foto kanak-kanak yang kelihatan seolah-olah dihantui oleh seorang lelaki yang tinggi dan tidak mempunyai raut wajah. Beliau turut menambah kapsyen di bawah foto tersebut yang berbunyi - " 'Kami tidak mahu pergi, kami tidak mahu membunuh mereka, tetapi kebisuan yang berterusan dan lengan panjang yang mengerikan dan menghiburkan kami pada masa yang sama ...' - 1983, jurufoto tidak diketahui, dianggap mati."

Kapsyen yang lebih terperinci disertakan bersama yang berbunyi: " Satu daripada dua gambar yang diperoleh dari kebakaran Perpustakaan Stirling City. Terkenal kerana diambil pada hari dimana empat belas kanak-kanak hilang bersama makhluk yang dikenali sebagai "The Slender Man". Kebakaran di perpustakaan berlaku seminggu kemudian. Gambar sebenar dirampas sebagai bukti. - 1986, jurugambar: Mary Thomas, hilang sejak 13 Jun 1986. "

Knudsen kemudian mendedahkan inspirasinya untuk mencipta watak Slender Man berasal dari " H.P Lovecraft, Stephen King, William S. Burroughs, dan beberapa permainan bergenre seram ; Silent Hill dan Resident Evil. "

Beberapa hari kemudian, Knudsen kembali ke forum dan menyiarkan nota dari doktor yang direkanya sendiri, kononnya menyenaraikan beberapa mangsa yang dikatakan mangsa kekejaman Slender Man dari tahun 90-an. Ianya termasuk imej grafik; "darah yang berlumuran dan tisu manusia yang terdapat pada kamera" yang diserahkan kepada pihak berkuasa oleh seorang pesakit di hospital mental.

Satu pos susulan menambah lagi, mendakwa 33 pesakit kemudian hilang dari institusi tersebut. Sudah tentu, institusi itu tidak wujud. Selama berminggu-minggu beliau mereka mitos itu. Foto doktor, keratan akhbar dan lukisan kanak-kanak semuanya muncul. Pengguna lain mula menambah sumbangan mereka sendiri.

Sumber foto : Flickr

Menjelang bulan Jun, tumpuan para pengunjung laman forum Something Awful didedikasikan hanya untuk Slender Man.

"Saya telah memikirkan secara serius untuk bercerita mengenai perkara ini, tetapi selepas pendedahan Victor Surge dengan lebih mendalam, saya terus tidak teragak-agak lagi untuk berkongsi di sini" kata salah seorang pengguna laman web itu yang terus menceritakan kisah tentang remaja yang hilang ketika berkhemah. Dia mendakwa dia diberi foto oleh bapa saudaranya, seorang pegawai polis, yang kononnya masih dihantui oleh insiden itu bertahun lamanya.

Walaupun cerita itu kemudiannya dipadam, ia mencetuskan lebih banyak cerita di situ. Pengguna di sana menokok-nambah lebih banyak cerita mitos. Kisah-kisah rumah terbakar, anak-anak yang hilang dan Slender Man menarik ramai orang untuk berkunjung ke dalam hutan yang diceritakan. 

Ruangan asal yang berjaya mewujudkan watak Slender Man di laman forum tersebut masih boleh dikunjungi sehingga kini. 

Begitulah asalnya fenomena Slender Man yang berjaya menakutkan jutaan manusia di seluruh dunia. Ternyata ianya tidak wujud tetapi kisahnya terus mendapat tempat di hati penggemar cerita seram sehingga banyak penerbit filem memilih untuk mengeluarkan filem yang dibintangi oleh Slender Man sebagai teraju utama! - CARI 
29

Bagus
26

Marah
30

Terkejut
19

Sedih
24

Lawak
41

Bosan

Friends Rank (169 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KILL_NANCY 14-8-2018 02:44 PM
kadet ferr remy siakkk.hentak kaki satu dua hormat ke hadapan hormat.
Quote Sang_Pencinta 14-8-2018 03:19 PM
Good article tapi tak pernah dengan pun slender man
Quote mieymiey 14-8-2018 04:29 PM
Masa zaman muda mudi iols baca pasal slender man ni, iols purrrcaya
Quote Ferr_Remy 14-8-2018 05:25 PM
KILL_NANCY replied at 14-8-2018 02:44 PM
kadet ferr remy siakkk.hentak kaki satu dua hormat ke hadapan hormat.

Naik pangkat tau
Quote Ferr_Remy 14-8-2018 05:26 PM
Sang_Pencinta replied at 14-8-2018 03:19 PM
Good article tapi tak pernah dengan pun slender man

Tgu la nanti ade citer trbaru pasal Slender Man ni kat wayang
Quote Ferr_Remy 14-8-2018 05:26 PM
mieymiey replied at 14-8-2018 04:29 PM
Masa zaman muda mudi iols baca pasal slender man ni, iols purrrcaya

Dracula/zombie pun iols susah nak caya dua2 eko tu wjud.. apetah lagi Slender Man ni
Quote Ferr_Remy 14-8-2018 05:30 PM
Btw, sebenarnyer iols upload benda ni kat segmen Seram.. cemane leh letak kat Kongsi Tular plak?
Quote KILL_NANCY 14-8-2018 07:58 PM
Ferr_Remy replied at 14-8-2018 05:25 PM
Naik pangkat tau

wah tahniah bro~

apa2 pun, penulisan yang menarik.
Quote Ferr_Remy 14-8-2018 07:59 PM
KILL_NANCY replied at 14-8-2018 07:58 PM
wah tahniah bro~

apa2 pun, penulisan yang menarik.

Tq sis Nancy. Cari duit lebeh katekan Nantikan pelbagai lagi artikel dari iols yach
Quote MissVixen 14-8-2018 08:34 PM
Fuyooo. Cadet.
Bagus artikel. Sebelum ni banyak tengok dlm 9gag dan reddit je.
Quote Ferr_Remy 14-8-2018 08:37 PM
MissVixen replied at 14-8-2018 08:34 PM
Fuyooo. Cadet.
Bagus artikel. Sebelum ni banyak tengok dlm 9gag dan reddit je.

Glad u enjoy sis, semoga bertambah ilmu kite smua yach
Next topic otw.
Quote KILL_NANCY 14-8-2018 09:49 PM
Ferr_Remy replied at 14-8-2018 07:59 PM
Tq sis Nancy. Cari duit lebeh katekan  Nantikan pelbagai lagi artikel dari iols yach


dah kaya kelak hadiahkan sis satu set telekung, sis nak berjuang melawan slanderman dengan telekung siti khadijah yach!
Quote Ferr_Remy 14-8-2018 10:23 PM
KILL_NANCY replied at 14-8-2018 09:49 PM
dah kaya kelak hadiahkan sis satu set telekung, sis nak berjuang melawan slanderman dengan telek ...

Nak kaya camne sis? Baru collect rm3 ni kih3.
Quote matkpop 14-8-2018 10:24 PM
dulu2 selalu main game slenderman. tak lama lagi nanti pun ada movie pasal slenderman ni. tapi aku tak caya la benda ni wujud.
Quote kroit92 14-8-2018 11:23 PM
matkpop replied at 14-8-2018 10:24 PM
dulu2 selalu main game slenderman. tak lama lagi nanti pun ada movie pasal slenderman ni. tapi aku t ...

adoi tergelak aku tengok gambar avatar kau

kpop Malaysia under KRU ni
Quote matkpop 14-8-2018 11:28 PM
kroit92 replied at 14-8-2018 11:23 PM
adoi tergelak aku tengok gambar avatar kau

kpop Malaysia under KRU ni

ni bpop namanya. belacan pop
Quote pokaibanktokyo 15-8-2018 07:14 AM
Baru aku tau dari mana makhluk hollowgast dalam cerita miss peregrine's home for peculiar children diilhamkan
Quote EvieWanKenobi 15-8-2018 07:19 AM
baru hari ni dengar Slender Man..
tq kaka Kadet..
Quote mieymiey 15-8-2018 08:55 AM
Ferr_Remy replied at 14-8-2018 05:26 PM
Dracula/zombie pun iols susah nak caya dua2 eko tu wjud.. apetah lagi Slender Man ni

Maafkan iols. Iols naif

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.070382 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top