Industri seni beberapa hari ini dirundung kesedihan dengan berita beberapa artis yang kini terlantar di hospital. Semalam, BH Online melaporkan pemergian dramatis, Nurin Misha atau nama sebenar, Nur Amisah Abdullah yang meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi, Ahad.
Allahyarhamah meninggal dunia pada usia 52 tahun akibat sesak nafas dan jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Bangko di Jalan Kuching, Kuala Lumpur. Sementara itu, pelakon veteran Wan Maimunah Abdul Aziz, 64, dimasukkan ke hospital sejak kelmarin akibat sesak nafas dan jangkitan kuman pada paru-paru.
Difahamkan, Wan Maimunah mula mengalami sesak nafas selepas melawat salah seorang adiknya di Gadek, Alor Gajah, kelmarin sebelum dikejarkan ke Hospital Alor Gajah. ???Allah SWT hendak uji kita. Agaknya, ada waktu ibu leka, lalai. Beginilah Allah kejutkan. Syukur, dalam waktu ini masih boleh lagi meneruskan kehidupan. ???Cuma, rasa letih (sesak nafas), terkejut sangat sebab tidak pernah mengalami keadaan seperti ini,??? katanya. Selain bekas vokalis Panji, Mohd Rafi Ibrahim atau Opie, 48 yang terlantar di hospital akibat menderita Hepatitis C, Azreen Manan, 41, kini kritikal di Institut Kanser Negara (IKN) di Putrajaya, sejak kelmarin. Menurut laporan, penyanyi dan pelakon era 1990-an itu disahkan menghidap kanser servik tahap empat sejak dua tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan membuang ovari, namun sel barah menyerang kembali dan beralih ke kaki pada tahun lalu. Menurut suaminya, doktor memaklumkan Azreen mengalami komplikasi akibat beberapa organ termasuk buah pinggang gagal berfungsi. ???Semalam Azreen menggunakan alat bantu pernafasan namun ia sudah dibuka. ???Buat masa ini, isteri bergantung kepada ubat penahan sakit," kata suaminya, hanya mahu dikenali sebagai Shah. Semoga roh Allahyarhamah Nurin Misha ditempatkan dalam kalangan orang beriman, manakala artis lain yang dimasukkan ke hospital diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. - CARI
|
21
Bagus |
24
Marah |
16
Terkejut |
22
Sedih |
31
Lawak |
45
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MissVixen replied at 13-8-2018 12:47 PM
Kenapa wan mamimunah bercerai dengan suami kacang pool dia ye ?
tikusmontok replied at 13-8-2018 12:53 PM
sibuknya nak tau hal rumahtangga org.
MissVixen replied at 13-8-2018 04:47 AM
Kenapa wan mamimunah bercerai dengan suami kacang pool dia ye ?
Themilo replied at 13-8-2018 01:01 PM
tak wajar dibincangkan. lagi pun, jadi isteri kedua bukannya mudah.
MissVixen replied at 13-8-2018 12:55 PM
Ni thread gosip ke, thread agama?
MissVixen replied at 13-8-2018 12:55 PM
Ni thread gosip ke, thread agama?
MissVixen replied at 13-8-2018 12:47 PM
Kenapa wan mamimunah bercerai dengan suami kacang pool dia ye ?
rosewhite replied at 13-8-2018 03:35 PM
Azreen pernah kawin lain ke?
ADVERTISEMENT