Seorang pembantu rumah ditahan polis Hong Kong kerana disyaki mendera seorang bayi berusia enam bulan. Dia juga dituduh meletakkan peluntur ke dalam botol cecair mandian bayi.
Laporan SCMP menyatakan, kejadian berkenaan disedari oleh si ibu semasa dia menyediakan air mandian untuk bayinya di Lok Ha Square, Fo Tan. Ibu berusia 35 tahun itu berasa curiga apabila tangannya seperti terbakar dan kulit bayinya bertukar menjadi kemerah-merahan. Pembantu warga Filipina berumur 39 tahun itu mengakui telah menambah peluntur dalam botol mandian bayi dan menyatakan ia digunakan untuk mencuci tandas.
Polis menahan pembantu berkenaan kerana disyaki melakukan salah laku iaitu mengabaikan seorang bayi. Sumber menambah, pembantu terbabit telah bekerja dengan keluarga itu selama satu setengah tahun dan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan majikannya. Di Hong Kong, menyerang dengan sengaja, tidak menjaga atau mengabaikan seorang kanak-kanak di bawah umur 16 tahun di bawah penjagaan seseorang dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan membawa hukuman maksimum 10 tahun penjara. -CARI
|
32
Bagus |
28
Marah |
20
Terkejut |
14
Sedih |
14
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT