CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 200,000 Mohon Jadi Angkasawan Kadet Tinggal Di Marikh

10-9-2013 04:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3454| Komen: 1


WASHINGTON: Lebih 200,000 orang dari 140 negara sudah memohon untuk mnjadi kumpulan manusia pertama tinggal di planet Marikh menerusi projek membawa penghuni di planet merah itu.

Bas Lansdorp, seorang usahawa Belanda bercadang untuk mewujudkan kem pangkalan kekal di Marikh menerusi misi ke angkasa lepas yang dijadual pada 2022 sekiranya berjaya memperoleh dana AS$6 bilion.

Satu perempat daripada 202,586 pemohon adalah dari Amerika Syarikat, kata Mars One, satu kumpulan bukan kerajaan yang diwujudkan untuk mencari penghuni tetap di Marikh bermula April lalu.


Pemohon lain adalah dari (10 peratus), China (6 peratus) dan Brazil (5 peratus).

Menjelang 2015, Mars One menjangkakan untuk memperoleh empat daripada 10 anggota kumpulan pertamanya untuk menjalani latihan intensif dengan akhirnya seorang akan terpilih untuk ke Marikh pada 2023.

Agensi angkasa lepas termasuk NASA agak spektikal dengan rancangan Lansdorp dengan berkata teknologi untuk membolehkan koloni manusia tinggal di Marikh tidak wujud lagi.

Bagaimanapun projek berkenaan mendapat sokongan daripada Gerard Hooft, pemenang bersama Hadiah Nobel Fizik 1999 yang juga dari Belanda.
Setakat ini, hanya satu misi dijalankan NASA ke Marikh namun misi itu tanpa manusia. - AFP


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissNigga 10-9-2013 08:32 AM
euwww.... Org China pun gegeh nak memohon gak....
sekali pintu dah terbuka..tak heran kalo bangsa cina akan kedapatan ke segenap universe ...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.205024 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top