Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari balkoni belakang kediamannya di tingkat lima kuarters Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang sekitar jam 7.15 malam semalam.
Memetik laporan Harian Metro, mangsa bernama Mohd Badrul Amin Abdul Rahman disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Shah Alam akibat parah di bahagian kepala. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berdasarkan keterangan saksi, ketika kejadian mangsa dikatakan ingin mengambil pakaian di ampaian rumah berkenaan. “Ketika itu mangsa duduk di atas tembok belakang rumah sambil tangannya mencapai pakaian disidai di ampaian."
“Bagaimanapun, dawai ampaian itu terputus menyebabkan mangsa terjatuh.” Tambah beliau, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk meneliti laporan polis oleh keluarga mangsa.- CARI |
17
Bagus |
33
Marah |
23
Terkejut |
33
Sedih |
27
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT