CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Dah Sampai 'Drive Thru', Baru Fikir Nak 'Order' Apa, Susahkan Kami"

16-8-2018 02:51 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7287| Komen: 44|Original author: Oleh: Azza



"Eh! Awak nak order apa, cepatlah. Banyak kereta kat belakang ni!"

Dialog tersebut adalah normal bagi penggemar makanan segera secara 'drive thru'. Maklumlah, dalam kesibukan semuanya inginkan respon pantas, jadi makanan segera adalah alternatif terbaik.

Tapi, tahukah anda ada restoran makanan segera yang menetapkan tempoh untuk pelanggan membuat 'order' sebagai ukuran prestasi restoran tersebut. Seorang netizen telah berkongsi mengenai perangai buruk pelanggan ketika membuat tempahan. Namun, ramai pula yang salah anggap dan membalas ia adalah kesilapan pihak restoran tersebut.


Kredit foto: Twitter


Bagi staff yang menjaga bahagian 'drive thru', adalah normal mereka melihat pelanggan yang terhegeh-hegeh mencari beg duit di bawah kerusi, mencari syiling dan sebagainya membuatkan 'timer' (mesin yang digunakan untuk mengukur masa) merah.

Selain itu, ada juga yang tidak sabar-sabar makan...



Kredit foto: Google

Namun, bagi staf ini, mereka bukannya biadab namun apabila ada konsep 'timer', 15 saat sahaja ditetapkan untuk urusan pembayaran serta pemulangan baki duit. Dasyat juga ya. Kenapa kita baru tahu?

Kredit foto: Twitter

Namun, post tersebut mendatangkan kemarahan ramai netizen yang merasakan staf restoran juga banyak kesilapan sebenarnya.



Kredit foto:  Google


Maklumlah, ramai yang sudah terkena makanan yang mereka 'order' tidak mencukupi. Sedih!






Lebih menyedihkan, rupa-rupanya staff tersebut telah membuat akaunnya 'private'. Janganlah pula dia dikenakan tindakan.



Apabila perkara ini didedahkan, barulah ramai netizen  tahu bahawa mereka sebenarnya berdepan dengan cabaran masa dan KPI restoran tersebut. Jadi, dalam hal ini, banyak pihak perlu bertolenrasi kerana membabitkan isu kemanusiaan.

Sistem 'timer' mungkin bagus untuk mengukur pencapaian pekerja dan restoran namun apabila berhadapan dengan pelanggan, banyak perkara perlu diambil kira.

Selain itu, pengurusan restoran juga perlu memantau kaki tangan mereka yang didakwa sentiasa tersalah dalam menyediakan tempahan makanan segera. Semoga masing-masing boleh mengambil iktibar dalam isu ini. - CARI 
9

Bagus
7

Marah
8

Terkejut
13

Sedih
9

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 16-8-2018 03:04 PM
Eleh ni bukan kat drive thru jer.. aku paling menyirap klu ko dah beratur sekian lama pastu orang depan ko sampai kat kaunter.. di boleh cakap "U Nak makan apa ek" stresss..
Quote Artemesiaa 16-8-2018 03:15 PM
Sikap hanya pentingkan diri cam tu ler hasilnya.  Tak salah kalau sekadar nak check betul tak yang dipesan tapi sampai masa tu ler nak bagi2 kan makanan tabur garam lada bagai agak selfish disitu.  Bab nak order pun satu lagi macam ler tak pernah makan kat situ sampai tak tahu apa menu yang ada yang nak kena terfikir2 nak pilih apa.
Quote chinta89 16-8-2018 03:20 PM
jd isu mcm ni baru la masing2 tahu ape mslh msg2 kan.

yg tu nk jaga KPI. yg ni nk check pembelian n brg2.
Quote krustykrab 16-8-2018 03:20 PM
aku suka konsep mekdi skg ni, ada touchscreen utk place order dan bayar kat konter kalau cash pastu ambik kat konter lain makanan tadi...so cepatttt!!!...tapi ada gak yg pilih nak place order kat konter, kalau cepat takpe, ni duk terhegeh2 pikir lagi...kalau dah tau jenis sembab, pi je kat touchskrin tu buat order...
Quote mizruncing 16-8-2018 03:28 PM
mmg pn tp hapuskan la bnda merah kejadah tu. menyusahkan kedua belah pihak je.aku kekadang kt atm pn geram ape bnda yg dorg kuar duit lame sgt. tgh pk nk keluar bape ke or baru 1st time guna mesin atm?? menyirap btol ngn org cm ni. pas tu keluar duit smpai 2 3 kad
Quote kucingitam 16-8-2018 03:47 PM
mizruncing replied at 16-8-2018 03:28 PM
mmg pn tp hapuskan la bnda merah kejadah tu. menyusahkan kedua belah pihak je.aku kekadang kt atm pn ...

hahah..yg tu satu..satu lagi kalau kat deposit machine, punya lama beratur kau taknak cari no akaun,
dah sampai turn mula gelabah seluk2 handbag, cari handphone nak tgk no akaun..

utk tak OOT, selalu order drive thru tapi x bagi sos...hmm


Quote manehnya 16-8-2018 03:47 PM
tp tu lah.. oder kdg2 silap.. cmna dah balik rumah, takan nk return balik kot... tambah la timer tu sikit lg per person
Quote Themilo 16-8-2018 03:48 PM
iols akan check kat depan kaunter ya, sama ada apa yang iols order tu betul / sama atau tak. gi mampos dengan timer korang. pernah juga staff mcd suruh iols parking tempat lain untuk check, iols sembur balik staff tu.
Quote makton 16-8-2018 03:49 PM
penah drive thru beli beger & air sprite set besar. sudahnya dapat air kosong je.. maybe air sprite dh hbis tapi takde org refill. dah jalan & masuk hiway sedut2 air rasa ais kosong jeee. dah la iols baru habis exam ptg tu. sblum exam tak lalu makan, sudahnya mati selera nak telan air tu
Quote crazypink 16-8-2018 04:19 PM
selalu kena mcmnie order burger 2 set ayam goreng satu set ...tgk cili sos 5 paket jer
Quote alien88 16-8-2018 04:21 PM
iolls cukup pantang kalau ke mcd dekat kaunter drive thru or beratur boleh berfikir nk makan apa.. mcm xbiasa ke mcd

tp lg pantang kalau silap dpt order, iolls pernah xdpt toys dr happy meal and pernah sekali staff mcd lupa bagi duit balance kalut sbb system diorg ni kot.. lepas kejadian tu, iolls akn park depan sikit, check semua before balik rmh
Quote intan_smsb 16-8-2018 05:21 PM
konsepnya kan fast food harus serba serbi pun fast

harap maklong
Quote EncikRhoma 16-8-2018 05:51 PM
yang tu pun nak meroyan. kalau x capai kpi, bgtau je la manager sebab apa. tak payah bising di media sosial. kau tu bawak nama company. nanti x pasal2 effect sales company sebab meroyan pasal customer
Quote riyadhK 16-8-2018 07:01 PM
kucingitam replied at 16-8-2018 03:47 PM
hahah..yg tu satu..satu lagi kalau kat deposit machine, punya lama beratur kau taknak cari no akau ...

Yang tak dapat sos ni memang selalu kena. Pernah mintak extra sos tapi bila nak makan tengok2 ada 2 paket je sos tu. Nak kata dia tambah satu macam tak logik sebab paket tu bercantum. Redha je la.
Quote eizarz 16-8-2018 07:28 PM
mizruncing: mmg pn tp hapuskan la bnda merah kejadah tu. menyusahkan kedua belah pihak je.aku kekadang kt atm pn geram ape bnda yg dorg kuar duit lame sgt. tgh pk ...


situasi ni selalu jadi kat aku,panas je
Quote munchkin 16-8-2018 07:40 PM
Mmg pun  ter uuu aaa uuu aaaaaa

Eiiiii
Quote munchkin 16-8-2018 07:44 PM
Mcd kena check..sometimes dah drive balik ada je tak cukup. 2 kali kena. Both fillet o fish. Dah lah dia stack dalam paper bag. Nak check kena keluarkan satu satu sampai fries tumpah. Tolonglah
Quote LipasComel 16-8-2018 09:16 PM
mcd bangi setakat ni takde problem. laju pantas dan tepat.
Quote potpetpotpet 16-8-2018 09:36 PM
Slalu terkena order happy meal tp sampai rumah mainan tu xde weh.  Anak aku memang muka hampa gila. Nk patah blk mmg x kosser la.  
Dah 5 6 kali kena kt drive thru berlainan,  memang lepas tu dpn tu jugak aku check.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.069703 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top